PERINTAH ALLAH >>>>> JANGAN IKUTI MANUSIA!!
Tersentap saya dengan ayat ini… tapi bukan saya jumpa di bacaan mana-mana.. saya jumpanya di dalam Mushaf Hebat dalam AQ. Allahu Akbar!!!!
Setiap pagi dengan izin Allah saya akan bertadabbur satu muka surat bersama rakan rakan di Group STAQ SHSM secara tak langsung saya sedang mengasah skill serta ingin memahami lebih dalam ttg AQ. Jika di Izin Allah.. saya ingin Khatamkan Tadabbur AQ dalam masa 20 bulan! Sehari sehelai.
KERANA APA???
- Kerana saya tidak lagi mahu sesat!!
- Kerana saya mahu tahu yang mana betul yang mana salah
- Kerana saya percaya dan beriman kepada AQ
- Allah mengatakan manusia itu akan di uji dengan Syaitan, Manusia dan Jin 6:112.
- Allah kata manusia itu dah di beri peringatan, mereka masih lalai dan menafikan (Allahu!! Sering melihat orang musyrik… lihat saja dalam diri kita) 6:111
- Bila bertadabbur.. AQ ni berulang ulang cakap.. Sembahlah Allah, ikuti Rasul beriman dengan Kitab & AQ… kenapa ni??? saya tak faham faham ke?
Sahabat… yang paling perit adalah bila saya terbaca ayat ini:
وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
- Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).
Allahuakhbar!! *Dan Jika kamu menurutikebanyakkan orang-orang yang di muka bumi ini.. mereka akan menyesatkanmu di Jalan Allah* Saudaraku.. baca ayat ini betul betul… Sebak saya.. kerana saya sering percaya dengan kalimah sahabat dari meminta panduan dari AQ.
Kerana itu jalan yang saya lalui bengkang bengkok!!!
*Jangan PERCAYA LAGI CAKAP SAYA* tapi… rujuklah Al-Quran…
Hanya 4 hari lagi akan sampai Tentera Allah untuk mengajak kita bertadabbur Tazakkur Ayat Allah. Jika anda lihat ini adalah sebuah marketing dan di ajak oleh saya.. *JANGAN HADIR* kerana saya ini manusia… juga hamba Allah..
Saya hanya ingin berperanan menjadi Khalifah Allah… mengajak semula mengenali AQ! Kelas akan ada di Kuala Lumpur dan Selangor. Tapi kali ini.. saya bawa ke JOHOR BAHRU… dengan pesan Allah dari surah Sad:29.
*Sudah sampaikan berita ini*
*Jom Tadabbur Tazakkur*
4&5 Mei 2017 – Johor Bahru
Cari urusetia anda di :07-2351650 / 012-7125125
*Nak cepat daftar join group. Jangan masuk group jika sekadar ingin melihat :*