Tadabbur Tazakkur

SEGERA MOHON PERLINDUNGAN ALLAH

Bismillah💐
Biiznillah💐

Tema Surah Al Hijr:
PERLINDUNGAN ALLAH TERHADAP AGAMANYA😍

Seorang ibu sanggup MELINDUNGI hak anaknya.

Seorang peniaga akan MELINDUNGI hak Businessnya.

Seorang pekerja akan MELINDUNGI hak kebajikannya.

Tetapi..Nabi Muhammad s.a.w sanggup MELINDUNGI hak AGAMA ALLAH😭
Allahumasollialammuhammad 3x.

Mari kita lihat dari sudut makna سبق = BERSEGERA atau BERLUMBA2x 🤔

Bayangkan kita dalam race *lumba lari*. Kita berusaha berlumba2 utk sampai ke garisan penamat. Memecut agar selalu berada di hadapan.🏆🎖

Character orang yg *berlumba-lumba* dlm kebaikan:

Aal-e-Imran 3:114

يُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَيَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَيُسَٰرِعُونَ فِى ٱلْخَيْرَٰتِ وَأُو۟لَٰٓئِكَ مِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ

🚴‍♀Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat.
🚴‍♀ Menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji)
🚴‍♀mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan.
Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.

Tetapi kita ni (sayalah tu) akan bersegera utk memviralkan sesuatu isu yg x pasti. Semua mahu jadi wartawan..bidang terjun.

Jika hari ini kita diuji dgn fitnah. Demi mempertahankan atau melindungi hak tersebut kita pun cepat2 nak cari lawyer..whatsapp atau fb.

Bangun pagi, kita bersegera bertanya hari ni mahu breakfast apa?
Mahu mkn apa?

Bersegera ke shopping mall utk sale🚛

Adakah itu termasuk dlm bersegera dlm kebaikan?🤔

Allah juga pernah tunjukkan contoh yg x baik dlm bersegera:

Al-‘Ankabut 29:39

وَقَٰرُونَ وَفِرْعَوْنَ وَهَٰمَٰنَۖ وَلَقَدْ جَآءَهُم مُّوسَىٰ بِٱلْبَيِّنَٰتِ فَٱسْتَكْبَرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَمَا كَانُوا۟ سَٰبِقِينَ

Dan (ingatkanlah juga peristiwa kebinasaan) Qarun dan Firaun serta Haman. Dan demi sesungguhnya Nabi Musa telah datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang jelas nyata, lalu mereka berlaku sombong takbur di bumi (mendustakannya), padahal mereka tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah).

Antara orang2 yg telah dibinasakan👆😞

Namun begitu, ada lagi satu ayat berkenaan bersegera:

Al-Hijr 15:5

مَّا تَسْبِقُ مِنْ أُمَّةٍ أَجَلَهَا وَمَا يَسْتَـْٔخِرُونَ

Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului AJAL yang telah ditentukan, dan mereka juga tidak dapat mengundurkannya.

Ye ajal😭
Hari ini diberitahu Imam No 3 Masjid Syakirin Puchong Utama telah meninggal dunia.

Innalillahiwainailahirojiun.💐

Semoga Allah limpahkan rahmat ke atas roh beliau.
Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dari *bersegera ke arah kemungkaran*…amin

🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Nora Sufian
Warung Umi Abah Puchong Utama
10.03.2018
8.08am

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.