Pelajaran Quran dari Masbah
Berikut ialah pelajaran dari Masbah Madon
Pelajaran ini dari halaman halaman 321
Berikut ialah pelajaran yang diperoleh:
Kami membalas kamu kerana melampaui batas dan tidak beriman kepada ayat2 keterangan Allah (tidak memberi peluang untuk belajar ayat2 Allah); sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal. Ini memberi panduan kepada kita – apa saja ujian di atas muka bumi ini adalah kecil dan ringan, kerana yang di akhirat itu lebih berat dan kekal. Di akhirat nanti kalau seseorang itu melampau, dia akan sedih berpanjangan, dia akan kecewa kenapa saya tidak menfaatkan peluang belajar al-Quran atau kenapa saya tak kembali balik kepada risalah Nabi saw (20:127)