Pelajaran Quran dari Masbah
Berikut ialah pelajaran dari Masbah Madon
Pelajaran ini dari halaman halaman 318
Berikut ialah pelajaran yang diperoleh:
Samiri menjawab – Aku telah melihat sesuatu yang mereka tidak lihat, aku mengambil segenggam dari kesan jejak Rasul – ada 2 pendapat disini – satu ialah kesan dari jejak oleh Jibril; maksud kedua ialah bagi Samiri, dia mengambil/mengikut jejak Rasul iaitu Nabi Musa lalu melemparkannya yakni tidak mahu mengikut ajaran Nabi Musa; dia rasa tak bersalah untuk mengajak Bani Israel mengambil emas2 yang ada, dan dileburkan untuk dijadikan berhala yang menjadi sembahan kepada mereka semua – ini nak menceritakan kepada kita, salah satu daripada ciri ajaran sesat ialah, bila ada rasa bersalah, letak tabung, letak duit, lepas itu dosa diampunkan – bayar saja nanti tok sheikh jampi2 dah diampunkan. Tetapi ajaran bukan sesat, ajaran Islam dan ajaran Taurat ialah kena belajar Quran betul2, k