Pelajaran Quran dari Masbah
Berikut ialah pelajaran dari Masbah Madon
Pelajaran ini dari halaman Halaman 306
Berikut ialah pelajaran yang diperoleh:
Jibril memanggilnya dari jauh (kerana Jibril berbentuk lelaki dan Maryam baru melahirkan, jadi tak sesuai dekat2) – jangan bersedih; diciptakan oleh tuhanmu dibawah sana ada anak sungai. Pointnya bila kita dalam kepayahan dan kita mengadu kepada Allah, Allah akan bagi bantuan yang kita tak sangka. Bila kita rasa nak pecah kepala memikirkan masalah, mengadu cepat pada Allah, mesti ada cara untuk kita luahkan. Ada yang jumpa counsellor, boleh, tapi counsellor pun kena ajarkan teknik untuk mengadu pada Allah – kerana orang yang ada masalah, dia akan merasa masalah ketika dia seorang, ketika waktu 1 pagi – waktu tu yang rasa nak bunuh diri – waktu tak ada orang yang boleh mendengar, tapi kita ada Allah yang mendengar, walaupun kita bercakap perlahan2 pun ada Allah yang mendengar. (