Pelajaran Quran dari Masbah
Berikut ialah pelajaran dari Masbah Madon
Pelajaran ini dari halaman halaman 317
Berikut ialah pelajaran yang diperoleh:
Nabi Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita; Wahai kaumku, bukankah Tuhan kamu telah menjanjikan kamu dengan satu perjanjian yang baik? patutkah kamu merasa lama pemergianku menerima apa yang dijanjikan itu? Atau kamu sengaja menghendaki supaya kamu ditimpa kemurkaan dari Tuhan kamu lalu kamu menyalahi perjanjian kamu denganku? Ini pengajaran kepada kita, kalau kita mengajak anak2 kita kepada kebaikan, kita mungkin disakiti seperti Nabi Musa disakiti, tapi ini tidak melayakkan kita untuk putus asa kerana inilah ayat2 yang memujuk Nabi saw ketika membawa sahabat yang dah masuk Islam yang membuat perangai, yang tidak mengikut apa yang telah dijanjikan. (20:86)