Cabaran

Pelajaran Quran dari Noordiana

Berikut ialah pelajaran dari Noordiana Nana
Pelajaran ini dari halaman 39
Berikut ialah pelajaran yang diperoleh:
Solat perlu dipelihara dan dilaksanakan dengan khusyuk.(2:238)\n Walau dalam keadaan apa sekalipun, hubungan dengan Allah perlu dijaga.(2:239)\nIsteri yang kematian suami, nafkah yang sepatutnya diterima ialah setahun tempohnya tanpa ahli waris menyuruhnya keluar dari tempat tinggal tersebut.(2:240)\nPerempuan yang dicerai suami perlu diberi nafkah yang cukup yang bersesuaian dengan kemampuan suami(2:241)\nAllah menjelaskan kepada kita ayat-ayatNya yang mengandungi hukum syariat agar dapat difahami dan dapat diamalkan(2:242)\nJangan lari dari berjihad, kerana mati itu pasti.(2:243)\nBerjihadlah untuk mempertahankan kebenaran dan juga jika diserang.(2:244)\nBerinfaklah harta dan tenaga ke jalan yang diredhaiNya.(2:245)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.