Pelajaran Quran dari Rohanah
Berikut ialah pelajaran dari Rohanah Mohd Yasin
Pelajaran ini dari halaman Ms 312
Berikut ialah pelajaran yang diperoleh:
Ayat 3 ini Allah mengingatkan bahawa Al-Quran ini diturunkan sebagai peringatan bagi orang- orang yang takut kepada Allah.\nTakut ini bermaksud takut yang berdasarkan ilmu mengenali Allah, merasakan kebesaran dan keagunganNya didalam hati dan rasa kagum akan kehebatanNya. Dengan itu mengujudkan rasa cinta kepadaNya disamping rasa takut kepada kemurkaanNya atau takut ditinggalkan olehNya. Dengan adanya perasaan ini akan mendorong seseorang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan sangat mengambil perhatian pada setiap suruhan dan laranganNya.\n\nSaya JELAS untuk menambah ilmu untuk mengenali Allah dengan apa cara jua agar timbul perasaan takut padaNya yg membuat saya lebih berusaha untuk menambah amal ibadah agar tambah dekat denganNya.\n\nYa Allah ya Wadud. Semuga Engkau kurniakan rasa