Pelajaran Quran dari Aiezzudin
Pelajaran ini dikongsikan oleh Aiezzudin Azlynn
Ia merujuk kepada halaman halaman 352
Pelajaran:
Ayat 22 menerangkan bahawa orang2 yang kaya janganlah bersumpah tidak akan memberikan bantuan kepada kaum kerabatnya, orang2 miskin dan orang2 yang berjihad pada jalan Allah.\nAyat ni diturunkan kepada Abu Bakar kerana beliau tidak mahu lagi memberi nafkah kepada saudara sepupunya Misthah yang miskin kerana Misthah terlibat dalam peristiwa berita palsu itu. Abu Bakar menghentikan nafkah seperti biasa yang telah diberikan.\nAllah menyuruh Abu Bakar dan sahabat yang lain melupakan dan memaafkan terhadap mereka yang telah terlibat dalam berita palsu itu.\nSesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang terhadap orang yang beriman. Akhirnya Abu Bakar memberikan semula bantuan seperti biasa.(24:22)