Pelajaran Quran dari Rohanah
Pelajaran ini dikongsikan oleh Rohanah Mohd Yasin
Ia merujuk kepada halaman Ms 324
Pelajaran:
Ayat ini Allah mengingatkan saya bahawa setiap diri akan merasai mati. Allah akan menguji kita dengan kesusahan dan kesenangan dan hanya kepadaNyalah kita semua akan dikembalikan.\n\nSaya JELAS untuk menerima hakikat kehidupan yang penuh dengan ujian yang mana susah dan senang Allah akan sentiasa datangkan silih berganti.\n\nYang penting saya mesti berusaha memastikan bahawa saya lulus pada semua ujian yang Allah datangkan untuk menguji keimanan dan kesabaran saya.\n\nSaya mesti buktikan keimanan pada Allah dengan menghadapi segala ujian dengan sabar dan shukur dalam apa.jua keadaan.\nUjian adalah seperti ibarat emas yang dipanaskan hingga kesuhu yg paling tinggi untuk mengeluarkan segala kekotoran agar terhasil emas yang tulin\ndan agar di akhirat tidak perlu dibakar lagi dalam.api neraka.\n\nYa