Pelajaran Quran dari Rokiah
Pelajaran ini dikongsikan oleh Rokiah Talib
Ia merujuk kepada Halaman Sambungan tadabbur surah Ali-Imran, halaman 53, juzuk 3, ayat 29 .
Apakah pelajaran?
Dalam ayat ke 29 ini Allah menegaskan: \n “Katakanlah, “Jika kamu sembunyikan apa-apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya.” Dia mengetahui apa yang ada dilangit dan apa yang ada di bumi. Allah Maha Berkuasa di atas sesuatu.” (3: 29)\n Allah mengetahui apa sahaja yang berada atau disembunyikan dalam hati seseorang. Apabila kita bergaul bersama orang-orang yang beriman atau tidak, ia sebenarnya boleh mempengaruhi hati.\nDisini cabaran besar akan terjadi apabila kita bergaul bersama dengan orang yang tidak beriman. Mithalnya, hati kita mungkin akan cenderung menyokong perbuatan mereka yang bertentangan dengan ugama. Manakala cabaran dari segi mencari rezeki pula ada majikan tidak membenarkan solat, membaca al-Quran, perlu menuang arak, membuka aurat dan sebagain