Pelajaran Quran dari Nor
Pelajaran ini dikongsikan oleh Nor Yusof
Ia merujuk kepada Halaman 21
Apakah pelajaran?
Muka surat 21\nBismillahirrahmanirrahim\n\n📆 Jumaat, 11 Februari 2022\nbersamaan 9 Rejab 1443H\n\nTadabbur oleh Azlina/Kak yong\n📚 Al Baqarah 2:135-141\n📝 Ayat 2: 135 – 141 banyak merujuk tentang dakwah Yahudi dan Nasrani serta bagaimana kaedah untuk menjaga keimanan agar tidak goyah\n📝Allah menimbulkan persoalan untuk difikirkan yang mana lebih baik sibgah Allah atau ada yang lain lebih baik? Ia satu cabaran agar minda kita berfikir dan mencari kebenaran hakiki.\n📝 Apabila terlibat dengan perdebatan tentang Allah, katakan seperti ayat 2: 139\n📝Allah turut menegaskan tentang siapakah yang lebih zalim daripada yang menyembunyikan kesaksiannya di sisi Allah dan Allah tidak pernah lengah terhadap perbuatan hambaNya.\n📝Kisah umat terdahulu adalah untuk diambil ibrah dan kita akan diba