Cabaran

Pelajaran Quran dari Rokiah

Pelajaran ini dikongsikan oleh Rokiah Talib
Ia merujuk kepada Halaman Surah Al-Baqarah, halaman 4, juzuk 1, ayat 21 (1: 21)

Apakah pelajaran?
Ayat 21: Seruan Mengabdikan Diri Kepada Allah SWT.\nAllah SWT menyeru kepada semua manusia supaya beribadat kepada-Nya, kerana Dia yang mencipta saya, kamu atau kita semua, juga mencipta seluruh manusia sejak zaman Nabi Adam lagi. Ini menunjukkan Allah itu satu, Maha Pencipta dan Maha Berkuasa. Justeru itu saya mesti patuh dan tunduk atau kepada perintah-Nya. Ibadat bukan hanya solat, puasa atau rukun islam sahaja, tetapi ibadat adalah dalam kehidupan kita seharian. Apa-apa sahaja yang Allah suka dan redha, sama ada perbuatan, perkataan sama ada zahir dan batin. Oleh itu sama-sama kita beribadah kepada Allah SWT supaya menjadi seorang hamba yang bertakwa, kerana sikap orang bertakwa ialah mereka menunaikan hak- hak Allah dan hak- hak makhluk-Nya. Orang-orang yang benar dan ikhlas dalam iba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.