Pelajaran Quran dari Rokiah
Pelajaran ini dikongsikan oleh Rokiah Talib
Ia merujuk kepada Halaman Surah Al-Baqarah,ayat 163,juzuk 2, halaman 24\n(2:163)
Apakah pelajaran?
Ayat 163: Masih Ada Ruang Pengampunan Daripada Allah Buat Pendosa.\n Allah melarang para ulama menyembunyikan ilmu kepada manusia, tetapi hendaklah menyampai dan memberi tunjuk ajar kepada manusia tentang ilmu-Nya.\nDalam ayat ini Allah SWT memberitahu kepada kita bahawa Dialah satu-satunya (Ilah) yang wajib disembah. Inilah kewajipan yang harus dijelaskan oleh ulama kepada kita semua tentang keesaan-Nya, mentauhidkan Allah sebagai Pencipta, Penguasa, Pemelihara dan Tuan sekelian alam (Rububiyyah) dan hanya Allah Yang Maha Esa sahaja yang berhak disembah,tiada sekutu bagi-Nya (Uluhiyyah), serta dalam nama-nama dan sifat-sifat-Nya. Allah itu Tuhan Yang Maha Esa, tempat kita memohon pertolongan, bertaubat dan jangan kita menyembunyikan kebenaran. Allah itu Maha Pemurah, Maha Penyayang, pasti