Pelajaran Quran dari Rokiah
Pelajaran ini dikongsikan oleh Rokiah Talib
Ia merujuk kepada Halaman Surah Al-Baqarah, halaman 32, juzuk 2, ayat 209.(2:209)
Apakah pelajaran?
Ayat 209: Segera Bertaubat, Jangan Tangguh.\n Agama Islam adalah benar, dan bukti-bukti kebenaran yang ada dalam al-Quran serta syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW jelas dan terang. Namun sebagai manusia biasa saya atau kita semua sentiasa melakukan dosa, kerana tewas dengan hawa nafsu dan pujukan syaitan sehingga melanggar syariat Islam yang dibawa Rasulullah SAW. Tetapi dalam ayat ini Allah SWT memberi peringatan kepada kita, seandainya tergelincir, terpesong dari kebenaran atau melakukan maksiat segeralah memohon keampuanan dan bertaubat kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Maha Perkasa Kedudukan- Nya lagi Maha Bijaksana. Apabila seseorang melakukan kemaksiatan kepada-Nya, Allah pasti akan menghukumnya sesuai dengan kebijaksanaan-Nya kerana Allah SWT berkuasa atas s