Pelajaran Quran dari Rokiah
Pelajaran ini dikongsikan oleh Rokiah Talib
Ia merujuk kepada Halaman Surah Al-Baqarah, halaman 42, juzuk 3, ayat 255 (3:255)
Apakah pelajaran?
Ayat 255: Keagungan Allah SWT Sebagai Pemilik Kerajaan Bumi.\nDalam ayat ini Allah SWT memperkenalkan diriNya, Maha Hidup iaitu kekal hidup dan tiada penghujungnya. Sebagai hamba-Nya kita tiada punya apa-apa untuk dibanggakan kecuali dengan syafaat atau izin-Nya. Allah SWT Melihat dan Maha Mengetahui apa yang kita lakukan. Walau sehebat mana sekali pun kita, memiliki harta benda, kemudahan yang canggih, dikelilingi orang-orang yang hebat, tetapi kita tetap perlukan penjagaan dan pertolongan untuk menguruskannya. Sedangkan Allah SWT yang Maha Hebat menguasai apa yang ada dilangit dan dibumi serta seluruh alam dan makluknya tanpa pertolongan sesiapa. Justeru itu sebagai hamba sentiasalah solat, bersujud meyakini kehebatan Allah yang Maha Esa serta seterusnya meletakkan sandaran yang kuat kepa