Pelajaran Quran dari Rokiah
Pelajaran ini dikongsikan oleh Rokiah Talib
Ia merujuk kepada Halaman Surah Al-Baqarah, halaman 47, juzuk 3, ayat 275 & 276\n(3:275,276).
Apakah pelajaran?
Ayat 275: Allah SWT Menghalalkan Jual Beli Dan Mengharamkan Riba.\nAyat 276: Allah SWT Memusnahkan Riba Dan Menyuburkan Sedekah.\n Sebagai umat Islam dan beriman Allah mengingatkan saya dan sesiapa sahaja yang menjalankan urusan jual beli atau pemberi hutang supaya menjauhkan riba. Sesungguhnya orang yang memberi, menerima dan memakan riba dilaknati Allah SWT dan tempatnya dineraka. Sistem riba ini melambangkan kezaliman, kepentingkan diri, kesombongan untuk mendapatkan kekayaan, juga merupakan penyakit jiwa yang menurut hawa nafsu dan hasutan syaitan. Seandainya telah berlaku, berhentilah kerana peringatan Allah SWT amat nyata dan bertaubatlah dari perbuatan riba ini. Namun bagi mereka yang tetap meneruskannya, ia adalah ahli neraka dan kekal didalamnya. (Al-Baqarah 3:275).\nAllah akan men