Cabaran

Pelajaran Quran dari Rokiah

Pelajaran ini dikongsikan oleh Rokiah Talib
Ia merujuk kepada Halaman Surah Ab-Nisa’, halaman 105, juzuk 6, ayat 175 (6:175)

Apakah pelajaran?
Ayat 175: Berpegang Teguh Dengan Tali Allah SWT.\n Allah menyeru saya dan orang-orang yang beriman kepada Allah SWT supaya berpegang teguh dengan tali Allah iaitu al-Quran. Al-Quran adalah bukti kebenaran yang nyata dan sebagai cahaya yang menerangi jalan kehidupan. Dengan membaca dan memahami maksud isi kandungannya, hati yang gelap akan diterangi cahaya, lama kelamaan hati semakin terang dan penuh kasih sayang akan mendapatkan rahmat kurnian Allah SWT. Justeru itu sesiapa yang beriman pada Allah, berpegang teguh pada-Nya, maka akan dibimbing kejalan yang lurus, dan berbahagialah dengan janji Allah SWT iaitu syurga-Nya. (An-Nisa’ 6:175).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.