Pelajaran Quran dari Rokiah
Pelajaran ini dikongsikan oleh Rokiah Talib
Ia merujuk kepada Halaman Surah Al-Nisa, halaman 105, juzuk 6, ayat 172 (6:172)
Apakah pelajaran?
Ayat 172: Jangan Berasa Sombong Dan Malu Untuk Beribadah Kepada Allah SWT.\n Dalam ayat ini Allah menyatakan bahawa Nabi Isa Al-Masih hanya ingin menjadi hamba Allah semata-mata, begitu juga para malaikat tidak sombong untuk beribadah kepada Allah SWT. Justeru itu sebagai orang beriman kita mestilah memahami dan menerima hakikat bahawa diri kita adalah milik dan hamba Allah SWT. Maka sebagai hamba Allah yang beriman dan beramal saleh, kita mestilah melaksanakan tugas dengan bersungguh- sungguh dan menyembah Allah SWT tanpa perasaan sombong atau malu kepada- Nya. Semua kebaikan dan amalan yang dilakukan akan mendapat balasan dan kurniaan-Nya. Namun mereka yang tidak mahu menyembah Allah SWT dan bersifat sombong akan menerima balasan Allah SWT dengan azab yang pedih, kerana Allah SWT tidak