Pelajaran Quran dari Rokiah
Pelajaran ini dikongsikan oleh Rokiah Talib
Ia merujuk kepada Halaman Surah Al-Maidah, halaman 118, juzuk 6, ayat 58 (6:58)
Apakah pelajaran?
Ayat 58: Jangan Mempermainkan Seruan Azan.\n Sebagai orang yang beriman, apabila mendengar laungan atau seruan azan bersegeralah kita melaksanakan perintah Allah SWT untuk mendirikan solat. Jangan kita mengejek, memperlekehkan atau mempermainkan seruan \nazan tanpa menghiraukannya atau menyumpah–nyumpah kerana menganggap ia mengganggu ketenteraman\n Sesungguhnya hanya orang jahil, lemah akalnya serta tidak memiliki adap serta sombong terhadap perintah Allah SWT yang sering menghina agama Allah SWT. Manakala orang beriman setiap waktu menantikan laungan azan untuk mengadap dan bersujud kepada Allah SWT. Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang enggan sujud kepada Allah SWT, kerana Allah SWT berfirman, ” Yang demikian itu adalah kerana mereka adalah orang- orang yang tidak me