Cabaran

Pelajaran Quran dari Rokiah

Pelajaran ini dikongsikan oleh Rokiah Talib
Ia merujuk kepada Halaman Surah Al-Ma’idah, halaman 122, juzuk 7, ayat 89( 7:89)

Apakah pelajaran?
Ayat 89: Kafarah Bagi Orang Yang Melanggar Sumpah.\n Allah SWT memerintahkan kita supaya menjaga sumpah. Seandainya sumpah yang diucapkan itu secara sedar dan sepenuh hati, tetapi melanggarnya, kafarah atau denda akan dikenakan sebagai penebus kesalahan iaitu;\n*Memberi makan 10 orang miskin sebagaimana keluarga kita makan. *Memberi pakaian yang baik, dan *Memerdekakan seorang hamba. Seandai tidak berkemampuan, berpuasalah selama 3 hari. Namun sekiranya sumpah tanpa niat, ketika marah atau tidak sedar tidak dikenakan kafarah. Mudah- mudahan Allah SWT mengampuni dosa orang yang melanggar sumpahnya sendiri. (Al-Maidah, 7:89)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.