Pelajaran Quran dari Rokiah
Pelajaran ini dikongsikan oleh Rokiah Talib
Ia merujuk kepada Halaman Surah Al-Ma’idah, halaman 123, juzuk 7,ayat 90.( 7:90)
Apakah pelajaran?
Meminum arak, berjudi, pemujaan berhala dan bertilik nasib dengan anak panah adalah perbuatan haram dan menjijikkan. Ia merupakan tabiat syaitan yang akan membinasakan kehidupan manusia. Maka sebagai orang Islam yang beriman, Allah SWT melarang keras kita melakukannya dan mengikut perbuatan syaitan ini kerana ia akan menimbulkan permusuhan, kebencian dan melalaikan sesaorang untuk beribadat dan taat kepada Allah SWT, sedangkan taat kepada Allah SWT adalah mutlak. \nJusteru itu untuk mendapatkan kejayaan dan keredhaan Allah SWT, maka sebagai orang beriman jauhilah empat perkara tersebut dalam menghiasi kehidupan kita semua. (Al-Ma’idah, 7 :90)