Pelajaran Quran dari Rokiah
Pelajaran ini dikongsikan oleh Rokiah Talib
Ia merujuk kepada Halaman Surah Al-Ma’idah, halaman 118, juzuk 6, ayat 62(6:62)
Apakah pelajaran?
Ayat 62: Kesan Memperlekehkan Solat.\n Sebagai hamba Allah SWT, binalah iman kita dengan melaksanakan solat, kerana ia merupakan tiang utama dalam membentuk kehidupan kita dunia dan akhirat. Tanpa melaksanakan solat, kemungkinan kita sentiasa berada dalam kesesatan dan kejahilan dan banyak melakukan dosa seperti memberi dan menerima rasuah, mengaut keuntungan dengan cara riba, menipu harta orang lain serta melanggar perintah-perintah Allah yang akhirnya membinasakan diri kita sendiri. Justeru itu jangan tinggalkan solat dalam kehidupan kita, bahkan solatlah yang menjadi perkara utama yang akan dihisap di akhirat kelak. ( Al-Ma’idah 6:62)