Tadabbur Tazakkur

Tiada?? v1.0

Tiada v1.0

Surah Al-Kahfi: 109

قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

(Muhammad), “Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).”

Luasnya Ilmu Allah SWT, laut dijadikan perumpamaan kepada ilmuNya. Tidak cukup lautan yang ada ini untuk ditulis kalimah-kalimahNya walaupun ditambah lautan yang lain. Sedar tidak sedar pernahkah sahabat-sahbat sekalian memerhatikan laut?

Jika diperhatikan, terdapat garisan lurus melintang dilautan. Seperti kita melihat terdapat penghujung disana dan apabila dikaitkan dengan diri ini.

Kita mudah rasa berpuas hati dan berhenti mencari ilmuNya. Merasakan sudah cukup ilmu didada. Akulah yang tahu segala-galanya. Tidak!! Mata ini terbatas penglihatanNya!! Itu sebab mata nampak garisan melintang itu, bahkan menggunakan “binokular” juga garisan melintang itu masih kelihatan.

Jika menggunakan pengangkutan laut untuk belayar kearah garisan melintang, garisan tersebut masih kelihatan dan tiada penghujungNya.

Sedar tidak sedar semasa ke garisan melintang banyak pulau, kehidupan laut, keindahan alam yang ditemui itu sebab mengapa sejarah manusia dicipta pertama kalinya Allah mengajar adam ilmunya.

Surah Al-Baqarah: 31

وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَٰؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Dan Dia ajarkan kepada Adam nama-nama (benda) semuanya, kemudian Dia perlihatkan kepada para malaikat, seraya berfirman, “Sebutkan kepadaKu nama semua benda ini, jika kamu yang benar!”

Ini merupakan kemahiran dan kebolehan pertama yang Alla kurniakan kepada manusia iaitu belajar.

Allah mengulang sekali lagi sejarah dimana, wahyu pertama Rasulullah SWT iaitu Allah memerintahkan Muhammad (Manusia) untuk Iqra’

Surah Al-‘Alaq: 1

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan,

Kata iqra’ berasal dari kata qara’a, dalam kamus-kamus, kata ini memiliki erti yang pelbagai, diantaranya adalah membaca, menganalisa, mendalami, merenungkan,menyampaikan,meneliti dan lain-lain. Dengan demikian perintah iqra’ atau “bacalah” ini tidak semestinya memerintah hambaNya membaca, juga tidak semestinya adanya suatu ucapan yang perlu diperdengarkan. Pengertian ini sesuai dengan erti perkataan qara’a itu sendiri yang pada awalnya memang mempunyai arti “menghimpun”.

Ingatlah wahai manusia!!!
Siapakah diri anda??
Apakah kebolehan yang Allah telah kurniakan kepada anda??
Belajar….

Kembali kepada laut yang anda perhatikan,
Anda telah melihat laut ini luas dan tiada penghujung malah anda juga telah melihat garisan melintang.

Jika anda perasan terdapat cermin lautan iaitu langit.

Subhanallah……..

Jika ditulis kalimah Allah, laut habis dan ditambahkan lagi pun tidak habis.

Langit ini lebih luas sahabat!!

Manusia masih lagi tidak habis meneroka lautan manakan pula langit yang lebih sukar untuk keatas sana.

Tiada penghujung….

Tiada penghujung….

Tiada penghujung….

Janganlah kamu bongkak wahai manusia dengan ilmu yang tidak seberapa kamu ada….

Janganlah…..

Jika demikian kamu mengikut sikap musuh nyata iaitu syaitan/iblis.

Surah Al-Baqarah: 34

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam!” Maka mereka pun sujud kecuali Iblis. Ia menolak dan me-nyombongkan diri, dan ia termasuk golongan yang kafir.

Ada sebab kenapa Allah suruh syaitan sujud kepada manusia kerana Allah maha mengetahui. Ilmunya luas.

Akan kerana bongkak/sombong, kamu telah tersesat dan dimurkai oleh Allah SWT.

Terdapat 3 jalan yang Allah kurniakan kepada manusia iaitu jalan diberikan nikmat, dimurkai dan sesat.

Al-Fatihah Ayat 1-4 menceritakan tentang Allah atau pun ilmuNya kerana Allah pengajar Al-Quran (Surah Ar-Rahman ayat 2)

Surah Al-Fatihah: 1-4
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

1)Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

2)Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam,

الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

3)Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang,

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

4)Pemilik hari pembalasan.
Surah Ar-Rahman ayat 2

عَلَّمَ الْقُرْآنَ ﴿٢)
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

Surah Al-Fatihah ayat 5 pula menceritakan ibadah kita kepadaNya atau pun amalan manusia.

Surah Al-Fatihah: 5

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.

Ilmu dan amal merupakan pasangan yang sangat berkait rapat.

1)Ilmu dan amal Allah akan kurniakan nikmat.
2)Ilmu tanpa amal Allah murkai.
3)Amal tanpa ilmu akan sesat.

Surah Al-Fatihah: 6

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus,

Surah Al-Fatihah: 7

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Sahabat-sahabat sekalian…..

Pilihlah jalan yang tiada penghujung. Kerana anda akan sentiasa berjalan lurus kearahnya seperti mana anda belayar kearah garisan melintang dan juga seperti mana roket ke angkasa.

Tiada penghujung….

Tiada penghujung….

Tiada penghujung….

Insha Alllah tadabbur ayat laut akan bersambung dengan tiada v2.0…….

3 thoughts on “Tiada?? v1.0

  • Ayat Ibrahim

    Assalam.
    Laut yg luas.
    Ilmu Allah lebih luas.
    Melihat-lihat ayat yg sama serial Kali tetapi dpt Ibrah berbeza.

    Reply
  • wan maslukma

    Tak sabar nak tunggu tiada v2. Bestnya Aiman! Tadabbur alam setiap hari

    Reply
  • IzzaruddinRadzuan

    Terbaik dari laut

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.