Bumbung Gergasi
Bumbung Gergasi
16 Julai 2017, Jam 0400, merupakan masa saya berpeluang untuk menuntut ilmu di negara jiran, Singapura. Saya bergerak kesana dengan amat pantas!! Bagaimana??
SAYA TERBANGLAH!!
Pak Tony kan dah cakap,
EVERYONE CAN FLY….
Apabila berada di atas pesawat Pak Tony, Saya dilayan dengan ramah dan baik oleh Pramugara dan pramugari yang kemas dan cantik pakaian seragam mereka.
Saya berasa amat selesa dan tenang tanpa memikirkan apa-apa masalah kerana segala pengurusan telah diuruskan oleh kabin krew pesawat.
Nenoooo! (Nada bunyi intercom)!
“Assalamualaikum WBT and very………..Bla…bla…bla….we will depart shortly. Kindly tighten your seatbelt and make sure that your seat in upright position….bla…blaaaa….blaaaaaa…..Thank you.”
Nenooo…(Nada bunyi intercom)
SHUUUUUUUUUU!!!! (Pesawat terapung diudara)
Kurang selasa terasa dibahagian kepala kerana pesawat mula terbang tinggi dimana tekanan udara juga mula menurun.
Setelah pesawat dalam keadaan stabil, tali keledar boleh dilepaskan. Orang ramai kelihatan tidur keletihan kerana pesawat terbang menjelang subuh. Alhamdulillah, telah saya tunaikan solat subuh didalam pesawat.
Subhanallah……
Subhanallah……
Subhanallah……
Indahnya……
Cantiknya……
Apa benarkah yang saya lihat ini?!
Perasaan kagum ini mula disedari apabila sinaran mentari terpancar kewajah saya.
Sekian lama menungkan kecantikan ciptaan illahi, bergelinangan air mata kerana selama ini saya sering terdetik dihati tiada rasa kesyukuran didalam kehidupan.
Astaghfirullahalazim…..
Ya Allah! Ampunilah dosaku kerana tidak syukur akan segala nikmat kurniaan Mu!!
Aku dihanyutkan oleh kegelapan dunia…
Dibutakan oleh perkara-perkara keduniaan yang penuh dengan kesesatan!!
Apakah yang aku lakukan selama ini!! Melupakan segala nikmat yang engkau berikan!!
ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ فِرَٰشًۭا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءًۭ وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءًۭ فَأَخْرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ رِزْقًۭا لَّكُمْ ۖ فَلَا تَجْعَلُوا۟ لِلَّهِ أَندَادًۭا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
(Al-Baqarah 2:22)
Allah menjadikan langit ini sebagai tempat saya berteduh!!
Allah melindungi saya daripada kemudaratan!!
Apakah kemudaratan itu?
Ketika dibangku persekolahan saya belajar mengenai lapisan atmosfera. Setiap lapisan mempunyai fungsinya tersendiri.
Secara umunya, lapisan-lapisan ini berfungsi untuk:
Pertama, ia mengurangkan radiasi cahaya matahari yang sampai kebumi pada siang hari. Sedangkan malam harinya adalah sebagai mengurangkan rasa panas yang berlebihan.
Kedua, atmosfera menampung wap air sehingga air dipermukaan bumi tidak hanya akan terkumpul pada tempat yang rendah sahaja.
Ketiga, ia juga menampung gas-gas yang penting untuk kehidupan dibumi iaitu oksigen dan karbon dioksida.
Keempat, ia juga berfungsi sebagai pengikis meteor yang jatuh kebumi dimana ia akan mengecilkan saiz meteor yang besar menjadi kecil (berkecai).
Ternyata sekali bahawa Allah telah melindungi kehidupan dibumi ini dengan ciptaanNya iaitu langit.
أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ ٱللَّهَ لَهُۥ مُلْكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۗ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّۢ وَلَا نَصِيرٍ
Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan.
(Al-Baqarah 2:107)
Sesungguhnya benar kata-kata Mu, Ya Allah…
Dari awal lagi Allah berfirman bahawa hanya Dia sahaja yang melindungi semua kehidupan dan segalanya serta hanya Dia yang dapat memberikan pertolongan.
Allah juga memberikan pertolongan dengan menurunkan hujan.
Melalui air ini tumbuhnya tumbuh-tumbuhan yang disediakan untuk kehidupan yang berada dibumi sebagai rezeki.
Subhanallah….
Bukan hanya sekadar keindahan yang engkau berikan…..
Malah….
Nikmat yang tidak terkira yang engkau kurniakan….
Sesungguhnya tiada penhujung atas nikmat yang engkau berikan…
Alhamdulillah, Aku bersyukur dengan bumbung gergasi yang Engkau kurniakan…
#tadabburalam