TEMBUS

TEMBUS 

عَلَّمَ الْقُرْآنَ
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
(Ar-Rahman 55:2)

Terkenang pada zaman-zaman sekolah dulu, nak dekat peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peperikaan besar mesti cikgu akan mula kaji soalan-soalan lepas.

Lepas itu, mula la cikgu bagi soalan spot tu la. Soalan spot ini la. Habis diperah otak kita ni. Nak jawab soalan spot dia tu. Eleh cikgu ni….
Orang nak rehatkan minda kot….
Da dekat exam ni!!

Ting tong…ting tong….ting tong….

Tiba waktu exam….
Lutut ketar-ketar…
Kertas soalan depan mata…
Doa punya la panjang!!! Cuak la katakan…
Mak aii…
Satu dewan sengih cam kambing!!
Soalan spot keluar la weyhhh!!!

Alhamdulillah….

Nampak tak usaha cikgu nak anak-anak dia berjaya dalam exam-exam besar ni…

Terima kasih cikgu…SAYA SAYANG CIKGU!!!

 

يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَنْ تَنْفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانْفُذُوا ۚ لَا تَنْفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
(Ar-Rahman 55:33)

 

Kali ni mari kita tukar situasi pula…
Cikgu kita usaha nak kita pass exam….
Kali ni kita tengok pulak cikgu yang lebih agung..
Siapa cikgu yang agung sangat tu?
Surah Ar-Rahman ayat dua itulah cikgu kita ynag teragung.
Allah pun nak kita pass exam juga!!
Exam apa plak tu?
Exam nak pass untuk masuk syurga….

Surah Ar-Rahman ayat 33 ini Allah memberikan tips bagaimana untuk melarikan diri dari balasan Allah SWT ataupun lebih dikenali sebagai neraka.
Allah memberikan tips agar kita menembus keluar dari langit dan bumi.

Bagaimana pula dah nak tembus langit!!
Ini membawa maksud Allah mahu hambanya menembus ciptaan nya langit dan bumi dengan ilmu! Siapakah pengajar quran? Allah….
Apa yang Allah ajar?
Ilmu….

Kata akar tembus adalah نفذ .Kata akar yang membawa maksud sama pada kata akar tadi adalah جرى iaitu ia juga memberi maksud melakukan, memenuhi, meneruskan dan sama maksud dengannya.

 

هُوَ الَّذِي يُسَيِّرُكُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ ۖ حَتَّىٰ إِذَا كُنْتُمْ فِي الْفُلْكِ وَجَرَيْنَ بِهِمْ بِرِيحٍ طَيِّبَةٍ وَفَرِحُوا بِهَا جَاءَتْهَا رِيحٌ عَاصِفٌ وَجَاءَهُمُ الْمَوْجُ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ أُحِيطَ بِهِمْ ۙ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ لَئِنْ أَنْجَيْتَنَا مِنْ هَٰذِهِ لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ
Dia lah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): “Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur”.
(Surah Yunus 10:22)

Kata جري ini berkait dengan ayat diatas iaitu وَجَرَيْنَ bergerak. Kata kerja ini ditujukan kepada sebuah kapal dilautan yang bergerak laju dilautan ketika situasi yang tenang. Tiba-tiba cuaca tak tenang, mulalah kita ini sebagai hamba Dia berdoa memohon pertolongan dengan penuh ikhlas dan sentiasa bersyukur. Ini menunjukkan Allah memberi tips kepada hambaNya agar menuntut ilmu seperti mana keadaan di tengah lautan yang bergelora dengan penuh bersungguh-sungguh, ikhlas serta sentiasa bersyukur kepada Nya.
Jelas atau tidak? kasih sayang cikgu kita yang agung ini.

 

وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقًا ۙ قَالُوا هَٰذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ ۖ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا ۖ وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu”; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.
(Al-Baqarah 2:25)

Setelah kita hambanya menembus ilmu dilangit dan dibumi serta mengamalkannya dengan bermanfaat. Kata تَجْرِي (mengalir) yang kata akarnya sama dengan surah Ar-Rahman ayat 33, جري . Menunjukkan kaitan dengan surah yunus ayat 22 bahawa, jika kita menembusi ilmu dengan penuh ikhlas dan sentiasa bersyukur maka Allah akan memberikan nikmat kepadanya yang sentiasa mengalir seperti mana sungai malah pada surah Al-Baqarah ayat 25 memberikan syurga. Tambahan, Allah menggambarkan nikmat-nikmat disyurga.

Eh!

Macam samalah dengan cikgu kita.
Dia nak kata dapat straight A.
Manakala Allah pula nak beri kita SYURGA.

Andai kita pernah rasa manis kejayaan ketika lalui exam-exam besar. Bayangkan betapa amat manisnya yang tidak terhingga jika berada di syurga.

Maka bersungguhlah dalam menuntut ilmu Allah SWT kerana Dia Ar-Rahman yang mahu hambanya ketempat yang baik-baik dan indah. Tidak lain tidak bukan syurga.

Penulisan ini dikreditkan kepada sahabat-sahabat yang dari jauh, berjalan kaki, bersusah payah dan berkorban menuntut ilmu di program “Build Your Legacy 11”.

Saya amat kagum dengan pecinta ilmu Al-Quran.

Semoga Allah mengalirkan nikmat kepada pecinta Al-Quran dan kembali ke rumah asal, Syurga.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.