Tadabbur Tazakkur

HONDA CIVIC @ KUDA PERANG

Honda Civic @ Kuda Perang

 

“Mak aihh…Honda Civic weyhh…”

Mulut ternganga meleleh air liur terpesona dengan kecantikan kereta keluaran baharu Honda malah ia menjadi kegilaan anak-anak muda pada zaman sekarang.

“Mewahnya kereta ni…Bilalah boleh pakai…”

siapa tidak terpegun melihat kenderaan yang cantik dan segak. Tambahan, ia juga melambangkan kemewahan kepada seseorang.

“…………………………………………………………………………………..”

Haaaaa…hak ni lagilah…terdiam dan tidak terkata kerana ditunjukkan lagi dengan keistimewaan, spesifikasi dan kebolehan kereta tersebut.

Mahu membara hati ini. Berkobar-kobar rasa nak belilah kereta ni. Aku mesti dapatkan tidak kira apa sekali pun.

*Air liur masih meleleh…

Paling tidak boleh tahan sekali bila tengah bawa kereta sekarang(kereta biasa je). Adalah kereta yang dok di gila-gilakan ini memotong….

Adehhhhh….peritnya hati…masa kereta tu memotong terbayang-bayang pemandu tu macam aku yang bawak….tingginya khayalan tu sampai macam itu sekali. Kepada yang berperangai macam ini, berhati-hati ea..jangan sampai cium belakang kereta orang lain…hahahaaha…serius2..hati-hati…

Kepada yang berminat sangat-sangat kereta bawa bersabar ye…sila tutup mulut anda yang luas ternganga itu dan sila lap air liur yang terkeluar tersebut.

 

BismillahDengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya,

A002Serta mencetuskan api dari telapak kakinya,

A003Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,

A004Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,

A005Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh;

A006Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.

A007Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian;

A008Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).

A009(Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?

A010Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?

A011Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka – pada hari itu.


Mari kita lihat apakah kaitan kereta Honda Civic dengan Surah Al-Aadiyaat (100:1-11). Sebelum itu mari berkenalan terlebih dahulu dengan Surah ini.

Biodata Surah:

  • Nama: Al-Aadiyaat
  • Maksud nama: Kuda Perang
  • Tempat lahir: Tanah Suci Mekah
  • Status: Makkiyah
  • Jumlah Ayat: 11 Ayat
  • Jumlah Kalimah: 40 kalimah
  • Jumlah Huruf: 163 Huruf
  • Surah Sebelum: Al-Zalzalah
  • Turutan penurunan: Ke-14
  • Turun selepas surah: Al-Asr
  • Muka Surat Mashaf: 599
  • Juzuk: Ke-30
  • Tema Surah: Kekayaan dan Keingkaran
  • Objektif Surah:                                                                                                                                                              -Surah Al-Bayyinah: Rasulullah SAW melakukan apa sahaja untuk mengajarmu wahyu.                      -Surah Al-Zalzalah: Kini pilihan ditanganmu, setiap pilihan ada kesan di sana.                                        –Surah Al-Aadiyaat: tetapi manusia silap memilih kerana dilalaikan oleh kemewahan.

Kuda perang yang telah diceritakan dalam surah ini dikaitkan dengan Honda Civic kerana zaman arab dahulu kuda merupakan pengangkutan yang mewah malah gah disisi kaum terdahulu. Siapa tidak terpesona dengan benda mewah lagi-lagi orang biasa seperti kita. Apa tidak terpesonanya, Nabi Sulaiman juga terpesona dengan kuda. Bayangkan nabi yang sentiasa mengingati Allah boleh lakukan kesilapan (lupa Allah) manakan pula kita yang tiada apa-apa disis Allah.

Perhatikan Surah Saad (38:30-36) berkenaan Nabi Sulaiman dan Kuda:

A030

Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Daud (seorang anak bernama) Sulaiman ia adalah sebaik-baik hamba (yang kuat beribadat), lagi sentiasa rujuk kembali (bertaubat).

A031

(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Sulaiman ditunjukkan kepadanya pada suatu petang, satu kumpulan kuda yang terpuji keadaannya semasa berdiri, lagi yang tangkas semasa berlari.

 

A032

(Kerana lekanya dengan pertunjukan itu) maka Nabi Sulaiman berkata: ” Sesungguhnya aku telah mengutamakan kesukaanku kepada (kuda pembawa) kebaikan lebih daripada mengingati (ibadatku kepada) Tuhanku, sehingga (matahari) melindungi dirinya dengan tirai malam”.

 

A033

(Kemudian Nabi Sulaiman berkata kepada orang-orangnya): ” Bawa balik kuda itu kepadaku”; maka ia pun tampil menyapu betis dan leher kuda itu (seekor demi seekor).

 

A034

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian), dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya) kemudian ia kembali (merayu kepada Kami): –

 

A035

Katanya: ” Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya “.

 

A036

Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendaK ditujunya;

 

Berdasarkan surah diatas Nabi Sulaiman yang kuat beribadah boleh lupa kepada Allah tetapi beliau segera bertaubat. Bagaiman pula kita hamba Allah yang biasa ini, sentiasa lupakan Allah lagi-lagi lagha terpesona melihat kereta mewah. Sememangnya terus menerus lupakan Allah sang pencipta. TAUBAT? Lu pikirlah sendiri… Alhamdulillah kalau betaubat. Moga-moga kita sentiasa bertaubat dan mengingati Allah..Aamiin..

Perhatikan semula Surah Al-Aadiyat,

Surah ini menceritakan bahawa kuda perang ini digunakan untuk menyerang musuh pada waktu malam.

Tradisi dahulu setiap peperangan yang dimenangi akan dianugerahkan hadiah daripada harta rampasan perang. Harta rampasan juga merupakan objektif peperangan tersebut. Ternyata bahawa kemewahan dikejar oleh para manusia.

Tambahan pula, mereka mengejar kemewahan pada waktu subuh (صبح). Apakah yang dimaksudkan subuh? Subuh adalah waktu terbit fajar hingga terbit matahari. Bagaimanakah keadaan pada waktu itu? Keadaan pada waktu itu adalah gelap. berdasarkan Al-Quran apakah perkara yang terbaik lakukan pada waktu itu?

Antaranya adalah:

A079

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (Surah Al-Isra’ 17:79).

 

Mereka juga berjaga malam kerana takut akan kehilangan harta malah masih juga mengejar harta yang lain. Ini menunjukkan bahawa manusia sebegini mempunyai penyakit “Kanud” (Ayat 6 Surah Al-Aadiyaat).Kanud juga membawa maksud Al-Kafur iaitu mengingkari nikmat Allah SWT. Penyakit ini membuatkan manusia tidak bersyukur dengan apa yang ada atau erti kata lain mereka lupa akan nikmat yang Allah berikan terutama sekali ialah nikmat agama. Manusia lupa untuk membuat persiapan hidup di alam kubur dan juga alam selepas kubur. Mereka tidak rasa untuk berterima kasih kepada Allah. Ingkar!

Al Hasan Al Bashri mengatakan,

هو الذي يعد المصائب، وينسى نعم ربه

“Manusia itu terus menghitung-hitung musibah. Namun melupakan betapa banyak nikmat yang telah Rabbnya beri.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 7: 634).

Janganlah kita menghitung kekurangan kita tetatpi hitunglah nikmat yang Allah beri nescaya hitungan itu tidak terkira sehingga kita akan merasa malu dengan Dia, Allah.

Allah bersumpah dengan Kuda kerana kuda merupakan haiwan yang setia mendengar tuannya. Manusia tidak perasan bahawa Allah ciptakan kuda bersebab. Ia dicipta untuk hambaNya memahami ciptaanNya. Jika Kuda setia kepada tuannya kenapa manusia tidak boleh setia kepada Tuhan, Allah..

Selain itu, janganlah kejar dan pikul kemewahan sehingga lupa Allah seperti mana Kuda meluru berlari kehadapan, lupa dan tidak rasa apa yang dipikul atasnya.

Penulisan ini ditulis bukan untuk menuduh pemilik Honda Civic (Kemewahan) mengejar kemewahan tetapi rasa sayang kepada umat yang kian tenggelam dengan kemewahan hingga lupa siapakah penciptanya Allah.

“TIDAK SALAH BERHOBI, ADA MINAT DAN MEWAH TETAPI…..JANGAN LUPA ALLAH YANG SENTIASA SAYANG AKAN HAMBANYA”

Semoga beramal..

*Honda Civic menjadi pilihan tajuk kerana menjadi kegilaan sekarang   🙂

#tadabburtazakkur

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.