Tadabbur Tazakkur

Food X 4 Show

Post, stories, tweet, moment, status dan lain-lain merupakan salah satu medium alam maya terkini yang mempamerkan serta menunjukkan apa yang ditaip serta diluahkan oleh pengguna applikasi sosial. Perkara ini memang ternyata mudah untuk ditunjukkan kepada seluruh dunia hanya dengan hujung jari. Dalam bahasa inggeris berbunyi

WORLD IS AT YOUR FINGER TIPS

Ini bermakna apa yang dipamerkan atau lebih dikenali sebagai ‘post’ dapat menunjukkan segala yang kita post kepada seluruh dunia.

Positive post or Negative post?

Persoalannya adakah yang di post itu baik atau buruk? Pastikan apa yang anda post itu baik dan tidak buruk kerana ia mungkin menjadi isu yang besar atau popular dikenali sebagai “VIRAL”. Tentu sekali kalian tahu apakah kesan-kesan setiap viral yang baik dan yang buruk. Jika viral yang baik dipost insha allah ia memberikan kesan yang amat baik malah ia juga dapat memberikan impak yang positif kepada sang melihat post anda. Jika yang tidak baik tentu sekali ia memberikan impak yang negatif. Ingatlah bahawa mata-mata sering memerhatikan kita dimana kita sendiri mempamerkan diri sendiri.

FOOD 🍔🥙🌯🍱🍲🥘

Penulis ingin menyentuh serta menonjolkan post berkenaan makanan. Memang seronok kita post bab makanan. Terutama sekali apabila kita post makanan yang mewah dan mahal. Tidak kisahlah mahal atau tidak. Ingin hamba kongsikan ayat quran seperti dibawah, yang berbunyi…

Surah Al-Balad 90:13-16

Penulis ingin menekankan ayat 90:14. Tahukah kalian bahawa negara yang merdeka adalah negara yang tiada rakyatnya kelaparan. Dimana surah Al-Balad menceritakan bagaimana corak dan rupa negara yang merdeka. Fokus semula kepada ayat 90:14, memberi makanan kepada hari kelaparan. Setelah anda post bab makanan atau gambar makanan dan post anda dilihat oleh golongan ayat 90:14. Pernahkah anda terfikir apa yang dirasai oleh golongan 90:14?

Feeling of the hunger?

Cuba kalian memahami ayat tersebut dimana ia bukanlah mulut dari penulis tetapi dari kata-kata Tuhan kita, Allah Swt. Andai kita tidak dapat merasakan apa yang dirasakan oleh mereka. Cubalah kita tidak makan selama tiga hari tidak termasuk minum (kasi can). Penulis jamin sehari pun badan kita sudah mula terketar-ketar atau menggigil. Betapa sakitnya rasa apabila perut ini kosong dan masa menggigil anda lihat post makanan yang telah anda pamerkan. “Perggggggghhhhh!!!” Allahu…pedihnya! Cubalah jika ingin tahu perasaan “the hunger” iaitu mereka yang kelaparan.

Race 4 food treat…

Andai ayat 90:14 disebut oleh Allah, anda sebagai hamba Allah yang beriman rebutlah peluang memberi atau belanja mereka makan. Tidak kira sesiapapun. Seperti keluarga, sahabat dan lain-lain. Terutama sekali kepada “The Hunger”. Penulis juga ingin memperkenalkan kepada pembaca yang beriman sebuah kumpulan sukarelawan yang membantu golongan asnaf dengan tema kasih sayang dikenali sebagai “WE CARE / FOOD FOR HUNGER”. Penulis juga bercadang agar kita yang beriman kepada Allah menyertai aktiviti sukarelawan seperti kumpulan yang disebut agar kita mempunyai kesedaran serta memahami golongan asnaf terutama sekali “The Hunger”. Tambahan, sebagai bamba Allah yang beriman mempelawa keluarga dan rakan-rakan untuk melibatkan diri aktiviti-aktiviti ini. Kealpaan kita terhadap diri sendiri dengan menunjukkan atau post makanan telah membuatkan mereka yang kelaparan sedih dan terseksa jiwa serta spiritual.

Change 4 Good

Tidak salah untuk post sesuatu tetapi fikirkan keadaan sekeliling, adakah ia baik atau tidak? Penulis pasti dan yakin bahawa pembaca sebuah adalah hamba Allah yang beriman dan mempunyai kasih sayang yang tinggi. Penulis menulis atas sebab melalui pengalaman ditempat sang mempamer ketika berada di atas dan kelaparan ketika dibawah. Tidak salah jika penulis memberikan kasih sayang melalui penulisan. Penulis berharap pembaca “change 4 good” dengan tidak mempamerkan dan post gambar makanan.

Write 4 Love <3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.