Al-Tawbah No Surah : 9 No Ayat : 24
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
Al-Tawbah
No Surah : 9
No Ayat : 24
🍂Tadabbur Allah
Al-Ghofur – Yang Maha Pengampun
🌿Peringatan
Ingat dosa saya seperti buih dilautan Allah akan ampunkan.
🌿Penawar
Leganya sebenarnya Allah akan ampunkan kita kiranya kita minta ampun dgnNya.
🌿Petunjuk
Saya jelas minta ampun dari Allah. semua kita ialah pendosa.
🌿Rahmat
Ya Allah! ampunkan aku, terlalu banyak dosa2ku. Astaghfirullah.
🍂Tadabbur Ibadat
Jangan Kita dari kalangan orang yang Fasiq (derhaka).
🌿Peringatan
Ingat jangan terlalu angkuh. Tiada kuasa drNya.
🌿Penawar
Leganya setiap nafas saya adanya Allah.
🌿Petunjuk
Saya jelas tiada satu milik kita. Semua milik Allah.
🌿Rahmat
Ya Allah jangan engkau biarkan aku lupa diatas nikmatMu.
🍂Tadabbur Siraath
Ingatan Allah pada kita. (term : Pengampunan.)
🌿Peringatan
Ingat minta ampun dari setiap saat kerana kita seorg hamba.
🌿Penawar
Leganya Allah tidak bairkan saya lalai ingat untuk minta ampun.
🌿Petunjuk
Saya jelas Allah akan memberikan keampunan pada hambaNya yg meminta ampun.
🌿Rahmat
Ya Allah ampunkan aku, jgn aku lupa akan & lalai terhadapMu walaupun sesaat.