Cabaran hidup ini bagaimana?

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

Al Baqarah
No Surah : 2
No Ayat : 155

🍂Tadabbur Allah

As Sobur – Yang Mana Penyabar

🍃Peringatan

Ingat Kesabaran ialah kunci kehidupan bagi seluruh makhluk  alam ciptaan (manusia) Allah. Allah membalas kesabaran manusia dengan berita gembira.

🍃 Penawar

Leganya saya perlu Relax, tenangkan fikiran, niat, ambil Wudhuk, tawakal dan fikir apa akan jadi kalau kita marah dan apa akan jadi kalau kita tenang.

🍃Petunjuk

Saya jelas baik atau buruknya amal tersebut akan mendapat balasan seadil- adilnya di akhirat kelak karena tidak ada kesulitan bagi Allah untuk menghitungnya.

🍃Rahmat

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf nan Mulia yang senang memaafkan. Maka ampunilah segala khilaf dan salah kami.

🍂Tadabbur Ibadat

Allah swt menguji manusia dalam pelbagai bentuk ujian. SABAR itu adalah salah satu cabang ibadah.

🍃Peringatan

Ingat Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

🍃Penawar

Leganya ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

🍃Petunjuk

Saya jelas ALLAH  mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itu  ALLAH memberikan  ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya.

🍃Rahmat

Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran atas diri kami serta teguhkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap orang-orang yang kafir.

🍂Tadabbur Ibadat

Seruan kepada orang mukmin. Cubaan berat dalam menegakkan kebenaran. Dalam hidup ini mesti melalui sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa.

🍃Peringatan

Ingat meskipun kita telah beriman kepada Allah, Allah tetap akan memberi kita Ujian, yang tujuannya untuk mengetahui apakah kita benar-benar beriman atau malah sebaliknya.

🍃Penawar

Leganya untuk terus sabar menghadapi ujian. Sesungguhnya Allah tidak meninggalkan saya.

🍃Petunjuk

Saya jelas Hati yang bersih itu adalah hati orang Mukmin, dan pelita yang ada di dalamnya itu adalah cahayanya. Hati yang tertutup adalah hati orang kafir. Hati yang berbalik adalah hati orang munafik murni (tulen), ia mengetahui Islam lalu ingkar.

🍃Rahmat

Ya Allah! hiasilah diri ini dengan rasa sabar & redha dengan ujian2MU. Tingkatlah darjat kami & ampuilah kami.

AamiinBDQ-Al Baqarah 2 Ayat 155

3 thoughts on “Cabaran hidup ini bagaimana?

  • March 10, 2017 at 4:44 pm
    Permalink

    Bila saya diuji, ingatkan saya dengan ayat ini ya. Thank you Pn Fadhlina 🙂

    Reply
    • March 19, 2017 at 8:09 am
      Permalink

      Alhamdulliah … ayat2 kalam allah tiada ayat yg lebih hebat … bila sy kehilangan pasti sy kena rujuk balik kalam Allah. terima kasih Allah … terima kasih puan Maryam

      Reply
  • March 15, 2018 at 3:38 pm
    Permalink

    Tuan Fazrul cabaran dalam ayat nie … Bukan mudah nak menjadi sesorang yang sabar. Allah uji sedikit aje … kita mula rasa tidak selesa. Ayat jelas bagi saya selagi kita lakukan kerana Allah. Kita tidak akan rasa kecawa kerana kita tahu Allah menuji umatNya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.