Nombor 1 di hatiku

Malam itu, menghadiri majlis yang dikelola teman. Dia, berusia 50-an, duduk di sebelahku dan mula berborak mengenai kehidupan.

Anak makcik dulu belajar kat situlah. Dia nak nikah awal umur 25 tahun. Masa tu takde calon lagi.

-Lepas tu, makcik buat apa?

Makcik gi masjid, Solat istikharah. Selesai solat, nampak seorang perempuan di sebelah. Makcik terus tanya dia nak tak jadi menantu.

-Macam tu je??

Ha, lepas tu jumpa parents dia. Bawa anak makcik berkenalan. Dalam masa 1 bulan, dah selamat nikah.

-Seriously? Senang macam tu?

Minta ngan Allah. Allah tu, ada semuanya. Kena minta kat Dia.

Yup, betullah tu. Allah ada semua. Teori yang mungkin belum termanifestasi dalam tindak-tandukku (adeh).

Hari tu makcik sakit gigi. Sakit sangat-sangat tak tahan.

-Iye?

Lepas tu, makcik mengadu kat Allah “Ya Allah! Engkau kata Engkau tak akan uji manusia melebihi kemampuannya ya Allah. Macammana saya sekarang ni, dah tak tahan tak termampu lagi dah.”

-Boleh ke doa macam tu?

Haish, dengan Allah, kita kena yakin 100%. Mengadu je kat dia. Lepas makcik doa macam tu, terus sakit tu hilang, tak sedar, makcik dah tertidur pun malam tu.

-Wow!

Pernah juga satu waktu tu, suami datang dan bagitahu “Bersedia dengan 2nd wife ya.” Masa tu makcik terus ambil wudhu’, doa dan mengadu pada Allah. “Ya Allah! Engkau tengoklah apa suami aku nak buat. Kalau baik, aku redha ya Allah, kalau buruk, Engkau jauhkanlah.”

– Owh, makcik buat macam tu?

Ye lah, takkan nak gaduh dengan suami pula.

-Bagus makcik, semua ngadu kat Allah. Takyah buat “drama” dengan manusia ni. Lepas tu, apa jadi?

Lepas tu dia tak jadi kahwin lagi. Hehe. Awak kalau nak apa-apa, buka minda tu dulu. Baik sangka kat Allah Sucikan hati. Sebut semua nama-nama Allah. Dan minta sungguh-sungguh padaNya.

-Ok makcik, insyaAllah.

 

Satu pengajaran dalam pertemuan yang sangat bermakna. Jadikan Dia nombor satu dalam setiap ketika.

Sepanjang itu, di mindaku memang ting…ting…ting… teringat ayat surah Al-Baqarah mengenai doa. Jom buat kanvas!

Al-Baqarah 186

 

One thought on “Nombor 1 di hatiku

  • March 23, 2017 at 9:06 am
    Permalink

    astaghfirullahhalazim. Dia adalah seperti mana sangkaan hambanya padanya. makcik itu begitu yakin pada allah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.