Kematian sementara
Dalam gambar ini, kami perhatikan “Katil” yang menjadi ibrah daripada ayat dalam Surah Yasin ayat 51-54 .
Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya. (Yaa Siin 36:51)
(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): ” Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!, (Yaa Siin 36:52)
Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan). (Yaa Siin 36:53)
Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.(Yaa Siin 36:54)
Ibrahnya ialah sewaktu kita tido, ketika itu dikatakan mati sementara waktu process itu kita tidak sedar apa yang berlaku. Apabila process kita sedar dari tido. Tiba2 pelbagai persoalan yang sebaik kita dibangunkan sebagai contoh :
disebabkan keletihan semalam kita lupa nak bertanyakan soalan , waktu subuh pukul brape?, Program mula pukul brape? Sarapan dihotel bermula pukul brape? Apa yang kita pérlu buat semasa program? Dimana program dijalankan?
Dan mcm2 lagi persoalan yg setelah kita bangun padahal kita boleh bersiap terlebih awal supaya apabila kita bangun keadaan lebih tenang.
Begitu dengan kehidupan kita. Ayat ini memberikan peringatan demi peringatan tentang alam kubur, bila dibangkitkan, apabila dibangkitkan & kenapa kita dibangkitkan?
Disaat kebangkitan semula kita akan di hisab melalui amalan kita tg kita lakukan di dunia. Dan tidak akan dirugikan sedikit pun dgn apa yang dikerjakan semua akan diberikan balasan.
Gambar katil di Hotel IBIS Styles,Malang EDU TOUR SURABAYA 6-11hb April 2017