Tadabbur Tazakkur

Dalil tentang KeEsaan Allah dan Sebab-sebab kekafiran!!!!

SURAH AL-AN’AM : 6:1-8

TADABBUR

ALLAH

  1. Satu dalil yang kuat menerangkan tentang Ke Esaan Allah
  2. Allah memberitahu bahawa Dia yang menciptakan langit dan bumi dan seluruh penciptaannya, termasuk manusia namun masih ada yang meragui tentang ini. Malah dalam hadis Riwayat Muslim : 4785 juga menerangkan akan pertanyaan para malaikat dalam penciptaan Manusia ketika di dalam Rahim ibunya lagi.
  3. Malah dalil ini juga menerangkan akan keyakinan terhadap Allah ini adalah satu kemenangan bagi orang yang beriman dengannya.
  4. Allah menyatakan sebab-sebab kekafiran dan memberi ancaman terhadap kaum kafir.
  5. Antara sebab kekafiran : Mendustakan ayat AQ, Memperolokkan ayat AQ, Mencabar kekuasaan Allah, Memperlekehkan ajakan Rasul.

 

IBADAH

  1. Keyakinan akan KeEsaan Allah itu adalah satu TAUHID yang wajib di Imani selaku Orang Islam.
  2. Allah juga memperingatkan bahawa Al-Quran itu adalah benar dan satu petunjuk dan jangan di dustakan
  3. Allah juga memperingkatkan bahawa beriman kepada Malaikat dan jangan sampai arahan kebinasaan di berikan kepada Malaikat nescaya kita akan ditimpa azab yang pedih.

 

SIRAATH

  1. Allah menyampaikan lagi bahawa hanya dialah selayaknya di sembah. Kerana Allah itu maha luas pengetahuannya dan tiada terlindung baginya. (tiada rahsia yang tidak di ketahuinya)
  2. Ayat ayat Allah ini adalah mukjizat yang telah terangka akan umat terdahulu dan ia sebagai panduan masa kini. Jangan di ulangi perkara yang membuat Allah Murka.
  3. Jangan mempersoalkan sesuatu yang telah Allah larang (banyak songel) kerana ketika mempersoalkan urusan Allah jika Allah berkehendak Malaikat adalah tentera Allah yang taat utk menyampaikan azab ketika di dunia lagi.

 

TADABBUR

PERINGATAN

Ingat!  Allah itu berulang kali memperingatkan akan kekuasaannya dan menyuruh utk taat dan hanya dia selayaknya di sembah.  Tiada kompromi!!  Saya harus meningkatkan rasa Tauhid yang dalam dalam memperbaiki hubungan saya dengan Allah (Syariatullah)

 

PETUNJUK

Saya jelas bahawa MENGESAKAN ALLAH  itu adalah satu KEMENANGAN bagi orang yang beriman dengannya.  Saya harus melihat Allah di sebalik setiap kejadian.  Semoga Allah membimbing saya.

 

PENAWAR

Leganya saya bila Allah memberitahu akan orang yang MengESAkan Allah adalah orang-orang yang menang.  Janji Allah itukan BENAR!..  Saya benar benar mahu menjadi orang yang menang di Dunia dan Akhirat.

 

RAHMAH

Ya Allah, sekali lagi Engkau memperingatkan aku akan Kebesaranmu. Betapa besarnya Rahmah dan kasih sayangmu. Berkali kali di ingatkan aku akan kekuasaanmu.. Ampunkan aku sekiranya aku masih lalai dan masih alpa mengingati mu..Bimbinglah aku di jalan yang benar, mata, hati, akal,jasad ini semua milikmu. Maka tuntunilah ia sesuai dengan perintahmu.  Aku ingin menjadi hambamu yang  taat. Permudahkanlah… Wahai Allah ya Mujib…. Perkenankan Doa hambamu ini.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.