Badan Kita Sangat Pemaaf
Petang itu, saya duduk makan-makan santai dengan kawan.
“Banyak sangat kan makanan yang tak sihat yang ada sekeliling kita. Berminyak, manis macam-macam lah” keluh kawan saya.
“Yup, betul. Itu tak campur lagi dengan processed food , makanan segera yang ada sekarang. Ada preservative yang tak bagus, campuran-campuran kimia, pewarna perisa macam-macam lagilah. Memang makanan tu sedap, mudah tapi, effect nya nanti-nanti sangat kronik”sambung saya.
“Tapi kan, badan kita ni sangat pemaaf. Sebab, kalau tak pemaaf, bayangkan kalau setiap kali masuk makanan yang tak sihat, dia tak nak buat kerja. Tak nak defend. Biar je bahan-bahan tak elok tu merebak ke badan kita. Setiap kali kita makan, kita mesti sakit”.
Setuju dengan kawan, seraya saya berkata “Ermmm.. saya rasa, kalau badan kita ni tak pemaaf, dengan keadaan makanan yang kita makan, saya anggarkan manusia ni, tak mampu hidup pun lebih dari 5 tahun. Sebab banyak sangat racun yang masuk”
Berfikir sejenak… ye ke badan kita sangat pemaaf? Atau sebenarnya Pembuat badan kita yang Sangat Pemaaf?
“Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani” (Yunus:107)
Di sebalik badan yang ‘memaafkan’ kita setiap kali memakan makanan yang tidak sihat, tidak langsung memberikan nutrient kepada dirinya, namun masih tetap melakukan kerja-kerja, pasti Pembuat badan itu sebenarnya yang sangat pemaaf kan? Sebab Dia sudah memberi guideline dalam pemilihan makanan. Tapi, kita tak ikut.
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu” (al-Baqarah 168)
“ Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya” (al-Baqarah 172)
Syarat pemilihan makanan ada dua. Iaitu yang halal dan baik. Kalau makanan itu penuh dengan perisa, pewarna, campuran kimia yang boleh jejaskan kesihatan, ia mungkin makanan yang halal, namun adakah baik? Jika kita makan, adakah ia memberi nutrisi baik yang diperlukan oleh badan kita, atau memberi ‘racun’ kepada organ badan untuk bekerja? Tapi, Allah Maha Pengampun, sekali lagi mengampunkan kita, tetap menyuruh organ badan kita kawal racun-racun itu dari merebak, dan bekerja seperti tugasannya.
“Dan Tuhanmu Maha Pengampun, lagi melimpah-limpah rahmatnya. Jika Ia mahu menyeksa mereka (di dunia) disebabkan apa yang mereka telah usahakan, tentulah Ia akan menyegerakan azab itu menimpa mereka; (tetapi Ia tidak berbuat demikian) bahkan ditentukan bagi mereka satu masa yang mereka tidak sekali-kali akan dapat sebarang tempat perlindungan, yang ialah daripadanya” (al-Kahfi:58)
Maka, makanlah kita sekadarnya, jangan berlebihan. Pilihlah makanan yang sihat, yang memberi kebaikan kepada organ-organ badan kita untuk bekerja. Pilih makanan berkarbohidrat sekadarnya, protein secukupnya, sayuran dan buah sebanyaknya. Jangan kita melampau batas, walaupun badan kita ni sangat pemaaf.
Tapi, andai kata jika tersilap langkah, cepat-cepat kita minta ampun pada Allah.
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (az-Zumar:53)
–You are what you eat–
Mari mengurangkan kadar pesakit kronik (diabetis, buah pinggang dll) di hospital. Semoga Allah al-Qowiy memberi kekuatan kepada nafsu makan kita untuk memilih makanan yang selayaknya.
Sangat susah untuk control makan…sedangkan menjaga kesihatan badan adalah untuk lebih selesa beribadah dan melakukan perintahNya
ye. Betul tuan Aiman. Makanan yang dimakan, memberi kesan yang besar terhadap perbuatan ibadah. Setiap dari perbuatan kita, akan dipertanggungjawabkan. Termasuk apa yang kita makan. Suruhan tentang mencari makanan halal dan baik, diikuti dengan suruhan jangan ikut jejak langkah syaitan. (2:168) Menunjukkan suruhan ini sangat kritikal. Kalau tak ikut kriteria itu, dah terikut jejak langkah syaitan. Nauzubillah
makanan.. sangat terkait dengan syaitan.
“Wahai anak cucu Adam! Pakailah pakaianmu yang baik ketika memasuki masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.”
Al-‘Araf, 7 : 31
Saya nak kongsikan beberapa frasa dalam Quran. Tentang munada’ (panggilan).
Kalau Allah kata “Wahai manusia…”, kita tahu bahawa ayat tersebut kemungkinan besar turun di Mekah, fasa awal-awal kenabian.
Kalau Allah kata “Wahai orang-orang beriman…” Kita tahu ayat tersebut kemungkinan besar turun di Madinah. Fasa pengukuhan iman melalui amal dan tindakan serta pembentukan negara.
Kalau Allah kata “Wahai bani Adam (anak cucu Adam)!” Itu rasa-rasanya kita nak link dengan apa?
Seorg ustaz pernah mengajarku, bahawa kisah Nabi Adam dalam Quran hanyalah terkait hadirnya iblis dan syaitan. Takde kisah Nabi Adam dalam Quran berkenaan selain kisah iblis dan syaitan. Memang Allah mendatangkan kisah Nabi Adam kepada kita untuk menunjukkan yang syaitan itu wujud dan sangat bencikan kita.
So kaitannya dengan frasa “Wahai Bani Adam!” rasa-rasanya apa?
Bila mana kita terserempak dengan frasa “Wahai Bani Adam!” , hati kita harus terus merespon bahawa “Ada syaitan di sebalik semua ini. Sebagaimana syaitan telah menjerumuskan moyang kita Nabi Adam, begitulah kita juga harus berhati-hati dengan hasutan syaitan.”
Hmmmm…. Kenapa syaitan ada di sebalik “makanan” kita?
Cuba renungi doa makan kita setiap hari. Ada “sesuatu” di situ yang kadang-kadangkan kita cuaikan.
Suatu hari nanti mereka (perut) akan menjadi saksi ke atas apa yang kita lakukan.
“Bahkan manusia menjadi saksi ke atas dirinya sendiri”
AL-Qiyamah, 75 : 14
Kepedulian seseorang menjaga kualiti makanannya ada terkait dengan keimanannya kepada Hari Akhirat.
Misalnya, seorang yang serius untuk sampai ke destinasi yang jauh, pasti akan memastikan kenderaannya “fit”, agar tidak rosak di tengah jalan, membantut cita-citanya menuju destinasi.
Begitu juga manusia. Sejauh mana setiap kita merasakan Akhirat itu “real” sehingga peduli memastikan kesihatan “kenderaan” jasad ini, peduli makan yang baik dan halal. Kerana itu sangat mempengaruhi kualiti hidup seorang manusia dalam menghadapi kehidupan dunia ini, menuju syurgaNya yang abadi.
Akhirat?
Are you ready for it?
Ye. Betul Tuan Harun. Kadangkala perkara ini diambil ringan sahaja kerana mungkin keyakinan pada Akhirat tidak benar-benar bulat.
Semoga Allah membantu kita dalam mengekang nafsu makan yang bukan-bukan.
Setuju … sy ikuti program Ziarah GEMA di HSA. Begitu ramai pesakit. Moga Allah memberi kesembuhan pada pesakit2 & ahli keluarga kita yg sedang diuji. Mula berfikir adakah salah mkn @ kita lupa kita ada mkn sunnah?
Kedua-dua sebenarnya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan jika diambil secara berlebihan. Tidak kira, makanan kita, atau makanan sunnah. Kerana panduan dalam pemilihan makanan, ialah bersedrhana, dan itulah sunnah sebenarnya. Bersederhana dalam setiap hal. Sebagaimana direkod oleh Pencipta kepada segala jenis makanan (7:31)
Salah seorang lecturer saya (nutritional sciences department) tatkala diajukan soalan “apakah makanan sunnah?”, dengan mudah beliau menjawab.
“Semua makanan yang halalan toyyiban adalah makanan sunnah”
(^_^)v
Dalam Quran Allah ada cakap tentang binatang ternakan.
ada cakap tentang susu.
ada cakap tentang buah-buahan
ada cakap tentang sayur-sayuran.
ada cakap tentang biji-bijian.
ada cakap tentang la israf
at the end of the day, bukan makanan yang bersalah. Makanan sebenarnya tak pernah bersalah.
tetapi yg salahnya adalah sikap hambaNya dalam mengambil makanan. The behaviour. Al-‘amal. Itu yang perlu diubah.