Beri & Sayang
BERI & SAYANG
Allah menjanjikan bahawa setiap ujian yang dihadapi hambaNya pasti ada kebaikan yang akan menanti tetapi kadang-kadang hambaNya lemah, akan mula rasa bahawa ujian ini mendatangkan keburukan kepadanya serta menjatuhkan dirinya ke arah kesusahan. Allah tidak mengalah untuk membangkitkan semangat hambaNya!! Dia bercakap pada hambaNya!! Sekali lagi!! Kebaikan akan tiba dalam kesusahan yang engkau hadapi!!
(Surah As-Sharh 93:5-6)
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٥﴾
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٦﴾
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Mesti down apa yang kita mahukan….apa yang kita impikan tidak menjadi kenyataan malah perkara yang kita tidak suka kita dapat.
Kenapalah jadi macam ni…..
Allah tidak sayangkan kita ke??!!
Tidak sayangkan hamba Dia ke??!!
Allah SAYANG!!!
Allah SAYANG!!!
ALLAH SAYANG!!!
Kalau Dia bagi apa kamu nak dan Ia menghancurkan diri kamu. Dia yang kejam!! Sebab Dia tidak lindung kamu dari perkara yang menghancurkan kamu.
Dia tahu!!
Dia TAHU!!
DIA TAHU!!
Apa yang sesuai dengan kamu….
Kamu akan dapat cuma bentuk…kadar…masanya berlainan……
Mana yang sesuai dengan kamu….
Ibarat kamu ingin makan sotong tetapi ibu kamu tidak beri kerana takut kamu tinggi kolestrol. Maka hanya diberikan kamu ikan.
(Surah Al-Baqarah 2:216)
وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ ﴿٢١٦﴾
dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Allah sayang kamu……
Dia uji apa yang kamu mampu hadapi…
Dia tidak kejam…
Bagi kamu yang tidak dapat kamu selesaikan, Dia tidak akan bagi ujian sebegitu….
Allah tahu hambaNya bagaimana….
Sebab Dia yang jaga kamu…..
Bersyukurlah……..
Bersyukurlah…….
Bersyukurlah…….
Dia sentiasa SAYANGKAN HAMBANYA…
(Surah Al-Baqarah 2:286)
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Semoga sentiasa pegang janji Dia…..
Percayakan Dia 💯 %!!!
The goods will come just like a rain.