Tadabbur Tazakkur

EL CONTRARIO

EL CONTRARIO

THE ENEMY

El verdadero contrario es Satanás

Musuh sebenar adalah Syaitan

Bulan Ramadhankan syaitan diikat.
Relak lah….
Tak kan ada apa-apanya lah…

Ini adalah ayat biasa yang sering disebut ketika bulan ramadhan. Seolah-olah syaitan tidak diambil berat dan dilupakan…

Ye! Memang dilupakan!

Menjelangnya Syawal, lagilah lupa kepada syaitan ni!

Waktu syawal pertama inilah pelbagai maksiat berleluasa setelah habisnya Ramadhan…

Meliarlah nafsu-nafsu kerana dinyalakan oleh sang api iaitu Satanás (syaitan).

Anda lupa siapa syaitan?!

Eh! Tak lupa!

Ye ke tak lupa?

Kenapa?? Bila tiba je syawal!! Meliar tidak tentu pasal??

Siapakah syaitan??

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ ۗ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ ۚ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا ﴿٥٠﴾؅
50. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.
(Al-Kahf 18:50)

Siapakah syaitan/iblis?
Berdasarkan ayat ini:
Pertama! Ia adalah golongan jin!
Kedua! Derhaka kepada Allah!
Ketiga! Musuh yang nyata!

Makna syaitan(setan)?

Berasal dari perkataan shathana yang beerti dijauhkan. Memang syaitan sangat dijauhkan daripada kebaikan.

Ia juga berasal dari perkataan shaatha yang beeri menyala, kerana ia diperbuat daripada api.

وَخَلَقَ الْجَانَّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ ﴿١٥﴾؅
15. Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
(Ar-Rahman 55:15)

قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ ۖ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ ﴿٧٦﴾؅
76. Iblis menjawab: ” Aku lebih baik daripadanya; Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah “.
(Saad 38:76)

قَالَ لَمْ أَكُنْ لِأَسْجُدَ لِبَشَرٍ خَلَقْتَهُ مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ ﴿٣٣﴾؅
33. Iblis menjawab: “Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya”.

Syaitan menganalogikan bahawa manusia ini hina diciptakan daripada tanah.

Ianya salah bahawa api lebih daripada tanah. Ini dapat dibuktikan firman Allah:

 

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُو
34. Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”.
(Al-Baqarah 2:34)

فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ ﴿٧٢﴾؅
72. ” Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya “.
(Saad 38:72)

Ianya disebut dengan fasid al-i’tibar menurut istilah ulama ushul.

Sesungguhnya tanah liat lebih baik daripada api!
Mengapa?

Api tidak konsisten, bersifat tidak kisah atau peduli, penyelewengan dan perpecahan.

Tanah pula adalah ketenangan dan perbaikan.

Apabila diperhatikan semula tanah ini digunakan untuk berkebun. Hasilnya buah buahan yang lazat, bunga-bunga yang cantik serta harum yang semerbak.

Ternyata tanah lebih baik daripada api.

Siapa syaitan??

Ia lemah daripada manusia!!

Jangan ikut dan akur mereka!!

 

بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا ﴿٥٠﴾؅
Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.
(Al-Kahf 18:50)

Ikut syaitan! Anda zalim!

Fikir semula siapa yang lebih hebat syaitan atau manusia?!

Fikirkan kejadian yang Allah ciptakan!

Selamat beramal!

Akal diguna untuk tadabbur…
Hati diguna untuk tazakkur…

Jazakallah khayran kathiran..

 

 

4 thoughts on “EL CONTRARIO

  • Wan Maslukma

    Bahasa baru lagi! Terima kasih Aiman 🙂

    Reply
    • Aiman La Yubali

      Hahaha…ni bahasa spain..

      Reply
  • IzzaruddinRadzuan

    Nafsu yang ada pada manusia menjadi tunggangan syaitan

    Reply
    • Aiman La Yubali

      Ya betul….

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.