ALLAH ATAU MANUSIA??
Allah atau manusia?!!
Ini kisah benar….
Hamba Allah:
Ya Allah…Ustaz….
Saya teringatkan bekas suami saya…
Saya rindu dia bawa saya berjemaah di masjid….
Setelah bercerai…sy solat…sy tadah tangan…menangis sy…sbb nampak muka dia….
Saya ingatkan yang baik-baik tentang dia…..
Saya sayangkan dia kerana Allah SWT.
Sayu hati saya….
Setiap hari menangis….
Saya nak bersihkan diri saya….
Jawapan:
Surah Az-Zumar 13:14
قُلِ ٱللَّهَ أَعۡبُدُ مُخۡلِصٗا لَّهُۥ دِينِي ١٤
14. Katakanlah: “Hanya Allah saja Yang aku sembah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agamaku”
Perkataan pilihan:
مُخۡلِصٗا=memurnikan
Kata Akar:
مُخۡلِصٗا : خلص
Maksud :
1. Khusus: Khas,Istimewa(untuk seseorang atau sesuatu), tidak umum.
2. Ikhlas: Hati suci, jujur, tidak menipu atau tidak berpura-pura.
3. Pilihan/pilih: memandang kedudukan/darjat, bangsa, keturunan.
4. Mengasing/Asing: Berlainan, terpisah, tersendiri.
5. Menyendiri: Duduk seorang diri, mengasingkan, memencilkan,menyisihkan diri.
6. Bersih/Suci: tidak kotor, bebas daripada pencemaran, jujur, ikhlas, suci, murni, bebas daripada amalan yang tidak baik, bebas daripada anasir yang tidak baik, keuntungan.
7. Murni: tidak mengandungi unsur yang asing(Biasanya unsur-unsur yang menyemarkan), bersih benar, suci, tulen.
Kamu hendak membersihkan diri kerana Allah SWT?
Perhatikan ayat diatas dan perkataan pilihan…
Apa maksud bersihkan diri?
Tetapi kamu masih ingat pada dia….
Itu bukannya bersihkan diri….
Bersihkan diri ini bermaksud KHAS (tidak umum)
Atau kata lain ianya tidak bercampur aduk dengan yang lain…
Hanya SATU!!!
SATU!!!
Inikan pula kamu masih….masih…dan masih….
CAMPURKAN MANUSIA!!! Didalam penyucian diri kamu!!!
Sedangkan kamu ingin menyucikan diri kamu….
Apa kamu mengerti apa itu menyucikan diri kamu?
Apa kamu mengerti?
Asingkan fokus kamu dengan Allah dan manusia…..
Hanya mengingati Allah hati kamu akan tenang……
“Ketahuilah dengan mengingati Allah hati menjadi tenang”. (Ar-Rad 28)
Kerana Allah akan lupakan yang luka dan duka dari diri kamu kerana Kamu hanya fokus kepada nya……bukannya manusia….
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat”.
(Al-Ikhlas 2)
jangan kamu risau….Allah akan berikan keuntungan….jika kamu hanya ingat kepada Nya..
“maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya,sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya” (As-Syam 91:8-10)
Last sekali saya nak tanya kepada kamu…
Siapa kamu ingat? Siapa yang kamu pilih?
Siapa yang kamu percaya? Siapa yang kamu sayang? Siapa yang kamu harapkan? Siapa yang kamu kejarkan? Siapa yang kamu kenangkan?
ALLAH ATAU MANUSIA??
Pilihlah yang terbaik demi kebahagiaan kamu….
Aku hanya penyampai…..
Tidak sanggup melihat siksaan saudara ku…..
Didunia mana kan pula diakhirat…..
*kepada yang seperti diatas, fahami lah kata-kata Allah….
#tadabburtazakkur