SKDA: Dikutuk kerana berpakaian ‘tidak’ up-to-date.

Keyword:

Aurat al-A’raf 7: 20
al-A’raf 7: 26
an-Nur 24: 31
Kutuk al-A’raf 7: 16
al-Baqarah 2: 212
al-Isra’ 17: 18
as-Saffat 37: 26
al-Mujadila 58: 20

Concept:

al-An’am 6:122
as-Sajdah 32: 12
al-Qalam 68: 10
Ta Ha 20: 131
al-Ankabut 29: 38
al-Mulk 67: 10

Category (Amazing Quran):

al-A’raf 7: 31-32 Ibadah m/s 306
ali-Imran 3: 14 Muamalah m/s 100
al-Ahzab 33: 59 Muamalah m/s 850

Design:

al-Quran

      Q Ayat al-An’am 6:122
Unlock limiting belief Allah akan memperelokkan pandangan iman kepada orang beriman dan memperelokkan pandangan orang yang tidak beriman terhadap perbuatan kufur dan maksiat.

Solat

I (individu)

Tanamkan keyakinan dalam diri sendiri untuk tetap berpegang pada pendirian diri yang benar tanpa menurut apa kemahuan orang yang hina pendapat dan amalannya. Surah al-Qalam 68: 10 memperingatkan kita agar teguh dengan pendirian.
Surah al-Anam 6: 122 memberi penawar kepada kita bila Allah memberitahu akan buat orang beriman melihat keimanan dengan pandangan yang elok. Makanya, benarlah seruan menutup aurat itu lebih utama buat wanita mukmin.
Surah an-Nur 24: 31 telah ada peringatan buat wanita mukmin supaya;
1) Menyekat pandangan daripada pandangan yang haram
2) Pelihara kehormatan masing-masing
3) Jangan dedah aurat kecuali yang zahir
4) Tutup leher masing-masing dengan kain tudung
5) Jangan dedah aurat kecuali kepada pihak yang sesuai
6) Jangan suka menunjuk-nunjuk perhiasan yang tersembunyi
Selain itu, dalam surah al-Araf 7: 16, Allah memperingatkan bahawa orang yang tidak mengendahkan kepada apa yang telah dilarang daripada melakukan sesuatu untuk “jadi kera yang hina”.
Tambahan lagi, kita sebagai individu perlu menyuruh orang lain yang tak menutup aurat agar menutup auratnya dan jangan hiraukan orang yang degil dengan kejahilannya. Hal menyuruh dengan perkara yang baik diperintahkan dalam surah al-A’raf 7: 199.
Kesimpulannya, sebagai individu, kita perlu tetapkan pendirian, yakin benar bahawa tutup aurat adalah sesuatu yang baik untuk kita, teruskan menutup aurat serta jangan menghiraukan orang yang tidak nampak keelokan perintah Allah.

Group

Peranan bapa amat penting sebagai ketua keluarga untuk menyuruh isteri, anak perempuan (malah kepada perempuan beriman yang lain) untuk menutup aurat. Ini adalah bagi mengelakkan mereka diganggu serta akan dikenal sebagai orang yang baik-baik. Hal ini diperintahkan oleh Allah dalam surah al-A’raf 33: 59.
Perana sesama ahli keluarga sebagai abang, adik, kakak dan lain-lain untuk sama menyuruh ahli keluarga menutup aurat juga amat penting.

Organisasi

Institusi pengajian (sekolah/IPT) perlu mewujudkan peraturan pemakaian yang patuh syariah di samping menjalankan program bagi memupuk kesedaran kepada pelajar/mahasiswi betapa pentingnya menjaga aurat sebagai wanita mukmin.
Pihak berkuasa (contoh: kerajaan, jabatan agama islam, etc) perlu mewujudkan dan menguatkuasakan undang-undang bagi mengawal amalan pemakaian menutup aurat dalam kalangan masyarakat.
Majikan perlu mewujudkan peraturan pemakaian patuh syariah untuk para pekerja di tempat kerja dan mengklasifikasikan dalam terma dan syarat pekerjaan bahawa kesalahan berpakaian tidak patuh syariah sebagai salahlaku major (major misconduct) oleh itu implikasinya terhadap punishment yang lebih berat akan dapat mengawal amalan pemakaian pekerja wanita. Selain itu majikan juga perlu menganjurkan program latihan berkaitan contohnya program kesedaran tentang aurat, tentang gangguan seksual dan sebagainya.

Infaq

1) Memaafkan dan bersabar dengan orang yang menghina kita memakai pakaian yang menutup aurat yang tak kelihatan up-to-date pada pandangan matanya. Sabar terhadap apa yang dikatakan kepada orang yang menentang kita dalam membuat kebaikan boleh dilihat dalam surah Muzammil 73: 10.
2) Mendoakan mereka agar dijauhkan dari gangguan syaitan hingga mereka akan dapat membezakan amalan yang benar dan yang salah dengan menggunakan akal yang bijak dan pandai yang telah Allah anugerahkan. Ini adalah kerana dalam surah al-Ankabut 29: 38 menyatakan bahawa syaitan telah memeperelokkan pandangan manusia yang sepatutnya orang-orang yang bijak pandai dan berakal dari jalan Allah. Oleh itu, mendoakan mereka agar kembali dekat dengan jalan Allah adalah sangat bagus.
3) Menunjukkan role model terbaik kepada mereka dengan memakai pakaian menutup aurat yang kelihatan cantik walaupun patuh syariah agar mereka mudah tertarik untuk mula menutup aurat peringkat demi peringkat. Walaupun kita disuruh menutup aurat namun tidak salah untuk memakai perhiasan yang tidak diharamkan oleh Allah. Malahan ianya adalah satu nikmat dunia bagi semua dan nikmat di akhirat bagi orang yang beriman. Hal ini boleh dirujuk dalam dalam surah al-A’raf 7: 13. Walaubagaimanapun, dalam hal ini tidak dibolehkan tabarruj.
4) Menghadiahkan orang yang menghina kita dengan hadiah yang baik, contohnya beri pakaian yang menutup aurat padanya seperti jubah/tudung/handsock/stokin etc.

Ghaib

Allah tak akan masukkan orang yang mendengar dan memahami kebenaran ke dalam neraka. Ada sebaik-baik balasan dan nikmat buat orang yang beriman dan patuh akan syariat yang Allah dah tetapkan di akhirat.

Unzila

1) Jangan balas penghinaan
2) Berpaling
3) Maafkan
4) Doakan kebaikan

Akhirat

Keteguhan pendirian untuk tetap menurut syariat menutup aurat yang Allah tetapkan untuk saya semata-mata untuk mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah di akhirat kelak.

One thought on “SKDA: Dikutuk kerana berpakaian ‘tidak’ up-to-date.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.