Sahabat Lurus
Sahabat Lurus
Hahahaa..
Kedengaran tajuk kali ini seperti tentang sahabat yang lurus bendul.
Tidak…
Sebenarnya kali ini, tadabbur kalam Allah mengenai sahabat yang membawa kejalan yang lurus.
Apakah ciri-ciri sahabat yang membawa kita ke jalan yang lurus?
*untuk lebih faham sila tadabbur(memahami) Surah Ash Shu’araa 26:91-104 untuk ciri yang pertama.
وَلَا صَدِيقٍ حَمِيمٍ ﴿١٠١﴾
Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa.
(Ash Shu’araa 26:101)
Ayat diatas menyampaikan mesej bahawa kita perlulah mempunyai sahabat yang bertimbang rasa.
Ayat ini diungkap oleh golongan yang sesat dimana mereka telah berada di neraka.
Mereka juga menyesal dan menyatakan:
فَلَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ ﴿١٠٢﴾
Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman.
(Ash Shu’araa 26:102)
Haaa…
Walaupun sudah berada di neraka baru mereka ingat untuk kembali ke jalan yang benar.
Ini bermakna mereka juga ingin mencari sahabat yang bertimbang rasa agar dapat membantu mereka kearah jalan yang lurus.
Dah ada kat neraka mana boleh patah balik ke dunia!! Kan?!!
Jadi kita yang masih diberi peluang berada di dunia yang sementara ni, faham-fahamlah ya…
Masih belum terlambat untuk kita mencari ciri-ciri sahabat seperti yang dinyatakan diatas.
Seterusnya,
۞ قُلْ إِنَّمَا أَعِظُكُمْ بِوَاحِدَةٍ ۖ أَنْ تَقُومُوا لِلَّهِ مَثْنَىٰ وَفُرَادَىٰ ثُمَّ تَتَفَكَّرُوا ۚ مَا بِصَاحِبِكُمْ مِنْ جِنَّةٍ ۚ إِنْ هُوَ إِلَّا نَذِيرٌ لَكُمْ بَيْنَ يَدَيْ عَذَابٍ شَدِيدٍ ﴿٤٦﴾
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu)”. Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat).
(Saba 34:46)
Banyak juga ciri-ciri sahabat ayat diatas, meh fahamkan poin-poin ayat diatas:
Sahabat yang ingin mencari kebenaran dengan bersungguh-sungguh
Sahabat yang berfikir secara matang untuk mengetahui yang salah/benar
Sahabat yang memberi amaran akan akhirat.
Tambahan pula, ayat diatas juga menyatakan kalau kita ada ciri-ciri diatas, kita juga perlulah lakukan perkara diatas bersama orang lain. Tak lain tak bukan sahabat kita.
*untuk lebih faham untuk ciri yang seterusnya sila tadabbur(memahami) surah Saad 38:21-25
إِنَّ هَٰذَا أَخِي لَهُ تِسْعٌ وَتِسْعُونَ نَعْجَةً وَلِيَ نَعْجَةٌ وَاحِدَةٌ فَقَالَ أَكْفِلْنِيهَا وَعَزَّنِي فِي الْخِطَابِ ﴿٢٣﴾
” Sebenarnya orang ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku; ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; dalam pada itu ia (mendesakku dengan) berkata: ‘ Serahkanlah yang seekor itu kepadaku ‘, dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu”.
(Saad 38:23)
Ayat diatas nak ceritakan 2 orang sahabat ini,
Seorang ini ada 99ekor kambing manakal seorang lagi ada seekor kambing.
Lepas tu, yang banyak kambing tu suruh bagi kambing yang seekor tu pada dia!
Kalau difikirkan balik, kalau kita banyak harta kita akan sedekahkan kepada orang yang serba kekurangan. Ini tidak, siap minta-minta lagi.
Jadi janganlah pilih rakan yang zalim malah HANG PUN JANGAN ZALIM KEPADA SAHABAT LAIN.
Next!!!
Hahaha…
الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ ﴿٦٧﴾
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).
(Az-Zukhruf 43:67)
Ayat atas ini sangat direct!
Nak sahabat itu berkekalan!!
Carilah persahabatan bertapakkan taqwa.
Carilah sahabat yang berimab dan beramal soleh.
Berdasarkan gambar diatas,
Saya tadabbur alam sikit, dan ia ada kaitan dengan penulisan saya yang sebelum ini:
Jadilah lebih baik pada setiap hari bersama shabat anda. Insha Allah, kelemahan kita akan lebih cepat dibaiki dan silaturahim akan jadi lebih utuh.
Selamat beramal sahabatku sekalian.
*sebenarnya banyak lagi ayat mengenai sahabat jika anda ada perkongsian tentang sahabat, share la dengan saya ea..😂
#tadabburtazakkur
#aimanlayubali
Thank you Aiman.
Perasan tak, setiap hari kita berdoa jadi sahabat yang baik melalui doa sirothallazina an’amta ‘alaihim.
Siapakah golongan yang diberikan nikmat?
Allah Kata, merekalah sebaik-baik teman.
An-Nisa’,4:69.
(Akak tak berjaya nak copy paste sini plak. Taktau nape function apps tak berfungsi pagi-pagi ni)
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
4:69
Alhamdulillah…tq for sharing kak….Jazakillah kak… 💪🏼