DIALOG KITA TERHADAP AGAMA INI TELAHPUN DI RAKAMKAN DALAM AL QURAN
Saat kita membaca terjemahan AQ ini.. pasti kita akan terbaca kisah kisah perjuangan Rasulullah saw dan juga kisah para Nabi dan umat terdahulu.
Dan hingga kini ia masih Relevant…
Saat bilamana Ayat AQ itu di sampaikan.. di terjemahkan di tadabburkan… namun ada hati yang bermantul mantul.. malah dikatakan oleh pula org yang menyampaikan itu hanya mereka-reka cerita.. padahal Org tersebut menyampaikan mengikut level kefahaman mereka dengan niat utk menyampaikan firman Allah ini…
Maka orang yang menyampaikan itu hanyalah duplikasi seorang Pemuda di hujung kampung yang di sebutkan dalam Surah Yasin yang mengajak kepada kebaikan…
Ya Sin 36:20
وَجَآءَ مِنْ أَقْصَا ٱلْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَىٰ قَالَ يَٰقَوْمِ ٱتَّبِعُوا۟ ٱلْمُرْسَلِينَ
Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:” Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu –
Namun orang yang kufur bemberi pelbagai alasan.. ada yang melihat ayat ini hadirnya dari pemuda(org yang menyampaikan) lalu memperlekehkan kata kata beliau.. (nilah akibat x membaca AQ) bukan pemuda sahaja malah para Rasul juga lebih hebat ujiannya…
An-Nahl 16:103
وَلَقَدْ نَعْلَمُ أَنَّهُمْ يَقُولُونَ إِنَّمَا يُعَلِّمُهُۥ بَشَرٌۗ لِّسَانُ ٱلَّذِى يُلْحِدُونَ إِلَيْهِ أَعْجَمِىٌّ وَهَٰذَا لِسَانٌ عَرَبِىٌّ مُّبِينٌ
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa mereka yang musyrik itu berkata: ” Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia”. (Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa Arab yang fasih nyata.
Sebenarnya.. banyak dialog kita telah di rakamkan di dalam AQ.. kalau kita tak tadabbur.. tak baca… mmglah kita tak nampak…
Apa dialog org Beriman..
Dan apa Dialog org yang kufur…
Ish.. mmg setiap hari taubat itu perlu berlaku keatas diri setiap manusia.. kerana kita mmg pendosa di Bumi Allah..
Hari ini di beri nafas lagi… untuk apa?
Teruslah mohon keampunan..
Dan mintalah di tunjukkannjalan yang lurus…
Masih belum terlambat kawan…
#Makoji