Insan terpilih

Bila semua pelajar tak dapat apa-apa, tiba-tiba seorang sahaja diberikan hadiah penghargaan daripada guru.

“Wah! Apa yang dia dah buat sampai jadi pelajar special?”

Bila semua adik-beradik sulit nak dapatkan bantuan kewangan daripada ayah tercinta, tiba-tiba ada seorang anak senang-senang dapat sponsorship daripada ayah.

“Amboi! Kenapa dia senang-senang dapat?”

Menjadi insan terpilih memang membahagiakan.

*Ouch*

Adakalanya tidak dipinta, tetapi itulah rezeki yang hadir?

Bagaimana pula untuk menjadi insan terpilih di sisi Tuhan?

Beberapa kali membuka QalamNya, tersentuh juga dengan kalimah Al-Mukhlashin

 

إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ –

Melainkan hambaMu dari kalangan mereka yang terpilih

Al-Hijr, 15 : 40

Ini bicara syaitan saat bersumpah menyesatkan Bani Adam. Iblis berjanji untuk menyesatkan kesemuanya kecuali dalam kalangan hamba Allah yang mukhlas, yang terpilih.

Allah,siapa golongan yang terpilih tu?

Dan hari ini terjumpa satu jawapan mungkin. Dari kata akar yang sama dengan mukhlas.

 

إِنَّا أَخْلَصْنَاهُم بِخَالِصَةٍ ذِكْرَى الدَّارِ –

Sesungguhnya Kami telah memilih mereka dengan sebab satu sifat mereka yang murni iaitu sifat sentiasa memperingati kampung (negeri akhirat)

Shad, 38 : 46

 

Formula menjadi insan terpilih di sisi Tuhan adalah dengan mengingati kampung akhirat. Bahkan ini dinilai kualiti ekslusif seorang hamba. Pergghh.. Bukan calang-calang punya peribadi. Allah angkat sifat ini sebagai kualiti insan terpilih.

 

***

Peribadi berminda akhirat, sentiasa mengingati pulangnya ke kampung yang abadi. Bagaimana agak-agaknya peribadi sebegini?

Bangun setiap pagi dengan semangat juang dan misi yang besar.

Serius membangun legasi menuju akhirat.

Betul-betul serius

Sebab nak balik kampung yang abadi.

Ya Robb, bantu saya membina legasi menuju kampung yang abadi.

Sob.. sob..

 

cc AimanLaYubali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.