JOM LEPAK BRO!!!
JOM LEPAK BRO!!!
Hari ini bro nak share skit pasal “melepak”.
Hahahaa…
Semua orang tahu apa itu melepak!
Apa yang korang buat time melepak?
Of course la berborak bro!
Apa yang korang borakkan?
Macam-macam bro!
Apa yang macam-macam tu?
Tanya khabar, borak pasal mende-mende lama aka throwback, mengumpat, mengutuk, gosip-gosip, pasal kerja, pasal belajar, pasal-pasal, dan jangan cari pasal sudah!
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;
Banyak yang kita borakkan dan hubungan antara kawan semakin erat dan kuat ukhuwahnya.
Tetapi dalam perborakkan ini, secara normalnya, mutakhir ini, pasti ada yang terluka pada hati la…takkan time lepak cakap-cakap tetiba terbelah kepala lain la bergaduh…
Balik kepada luka hati, ada dua jenis iaitu secara depan-depan(nganjing) atau belakang(umpat, kutuk dan gosip-gosip tergolong gak).
Apabila perkara ini berlaku secara tidak langsung hak orang yang dikenakan dicabuli atau dimalukan kerana ia juga menjatuhkan maruah individu tersebut tidak kira ia bersalah ataupun tidak. Even dia bersalah pun. Tidak perlu ander-ander menyalahkan dia sebab banyak kebaikan yang telah dia buat pada ander. Semestinya banyak baik daripada buruk.
Kadang-kadang ia mungkin salah ander sendiri kerana manusia ini secara fitrahnya tidak sedar akan apa yang dia lakukan. Tambah-tambah time nafsu marak. Kite la tu…cer ingat balik time borak-borak…lagi-lagi time gosip…fuyoh..cam dunia ni aku punya…
Walaweh!! Setiap perkataan dari mulut kita akan melantun dengan sendirinya…ataupun ibarat bowling 🎳 yang langgar pin…strike!!! Abis sume orang die langgar…salah x salah langgor je….
Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.
Ini baru lepak dari segi reality…actually type lepak yang lagi satu ni lagi bahaya….
“Lepak of virtuality”
So, what the neraka is this?
(Nak tunjukkan ini lagi bahaya tu ada neraka tu)
Lepak dekat alam maya sosial media…
Uuuuu…apa tu bro??
Whatsapp!!
Facebook!!
Instagram!!
Twitter!!
Wechat!!
Beetalk!!
Dan lain-lain (kantoi men wechat ngan beetalk) hhahaahhaa
Istilah group ini, dikira sebagai lepak…gejala-gejala gosip, umpat, anjing dan seadanya boleh berlaku dimana sahaja ander berada, tidak kira waktu dan tempat( berapa kali ulang la tempat) *xpe2…
So, proses mencabuli hak org ni lagi senang berlaku….ONLINE BRO!! Bukan stakat cakap!
GAMBAR!!
VIDEO!!
sume ley kuar…
Tambah2 plak lagi cepat tersebar just touch…
Retweet…
Share…
Repost…
Dan apa kebende Re..Re..Re..Re…
Automatik
aib org tu tersebar…!!
Hak dia dicabuli…!!
Double dicabuli…!!
Triple dicabuli…!!
Li..li…li…li….
Banyak bro…sis….
Acer bayangkan suatu ari balerrrr turun kat ander2….
Camna la nak padam klu berjuta-juta share pe ke sume…
Minx maaf tu maybe die ampunkan….
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
Tapi hak yg dicabuli tu masih kekal….
Ye…bro pun ada wat kesilapan ini juga…
Masa tu budak baru nak up…ad IPHONE X…apa bagai sume nak cuba share and seangkatan dengannya….
“Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)
Klik link untuk fahami….
https://www.youtube.com/watch?v=srA2XNxejSE
(Tengok vid ni jangan tak tengok walaupun dah tengok)
So, jari kita yang sudah sado ni perlu la di control sebaik-baiknye….
Tepuk dada…tanya la jari nak touch ke x….
Jadi kat sini juga untuk menjalinkan ukhuwah yang mantap dan gempak…
Apa salahnye share, retweet, repost dan re…re….re…..re…penulisan bro ni….hampa share dan re…re…re….hampa un dpt saham double tau…eh bkn…berganda2 la bro…..sis….
“Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat.” (HR. al-Bukhari)
Semoga penulisan santai ini dapat memberikan manfaat kepada bros n sises
Yang hebat2 diluar sana….
Jazakallah khayran kathiran….
nnnn