“Dah habis baca?”
Musim peperiksaan.
Bermula dengan Revision week.
Ada yang suka belajar sendiri.
Ada yang perlukan teman menelaah buku teks.
“Eh, Kau dah habis baca?”
-“Dah. Tapi lalu je semua dulu. Ni second round nak hafal semua istilah.”
Mempelajari ilmu sains kesihatan, selepas faham, perlukan hafalan yang banyak.
Begitu ragam ilmu biologi, ilmu perubatan.
Kerana itu setiap patah perkataan buku teks seakan-akan perlu dihadam.
Tertinggal, terlupa mana-mana, pensyarah naik risau.
“Awak ni kalau kerja nanti, kasihan pesakit. Tak boleh buat scientific judgment. Jangan sampai patient mati.”
Jadi dietitian pun, bermain dengan nyawa.
Memaksa pelajar habis khatam segala buku teks.
***
Ketika merenung diri saat ini, terbit rasa malu. Telahpun memilih menapak kaki, melalui jalan-jalan memahami wahyu ilahi, entah berapa banyak ayat-ayatNya sudah difahami?
“Boleh khatam banyak buku teks,banyak pusingan pula tu, tapi Quran tak habis-habis.”
-“Eh, saya khatam lah setiap tahun. Paling kurang Ramadhan confirm habis satu Quran.”
“Bukan khatam sebut (pronounce) Quran. Tu khatam bunyikan huruf tanpa faham.”
-“Habis tu?”
“Maksud saya, khatam baca (reading) Quran. Khatam faham setiap ayat-ayatNya.”
Orang-orang yang telah kami beri Al-Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan, mereka itulah beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
Al-Baqarah, 2 : 121
Dah khatam tadabbur Quran?
Pernah hadiri ke salah sebuah kelas di Ukay Perdana. Mendapat khabar bahawa pihak penganjur telah banyak menyediakan support group untuk khatam baca terjemahan Quran. Kumpulan mereka dinamakan ODOP (One Day One Page). Saat terdengar amal mereka, terlintas di hati untuk turut bersama jiwa-jiwa manusia yang mahu merealisasikan misi khatam faham Quran. Lagi baik khatam tadabbur Quran.
Dan Allah kurniakanku sahabat-sahabat soleh berjiwa besar yang memulakan amal soleh ini dengan menjemputku menyertai OWOJ (One Week One Juz).
Bagaimana merealisasikannya?
- Tilawah 3 muka surat setiap hari.
- Pilih sekurang-kurangnya satu ayat untuk tadabbur.
- Kongsikan tadabbur tazakkur dengan teman-teman dalam kumpulan.
- Update ! Berjaya selesaikan tugas hari ini? (^_^)
Bila dah terjebak dalam support group khatam tadabbur quran ni, jawabnya kena serious bangun malam.
Hai orang yang berselimut, bangunlah di malam hari kecuali sedikit (daripadanya). (iaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdua itu dan bacalah al-quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataaan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyu’) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.
Al-Muzammil, 73 : 1-6
Sebab, ada ke masa lain?
Sibuk memanjang siangnya.
Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang. Sebutlah nama Tuhanmu dan beribadatlah kepadaNya dengan penuh ketekunan.
Al-Muzammil, 73 : 7-8
Moga-moga misi merealisasikan khatam tadabbur quran berkali-kali dalam hidup menjadi antara memori termanis dalam hidupku. Bahagia hidup mengajar dan terus belajar QalamNya.
Meskipun bersama teman-teman alam maya yang tidak kesemuanya dikenali.
InsyaAllah suatu hari nanti, saat kita selesai juz ke-30, kita bertemu bersemuka ya.
Inni uhibbukum fillah.
Dan bersabarlah kamu bersama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaanNya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari peringatan Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.
Al-Kahf, 18 : 28