Harta sebenar
Nama surah dan no ayat : 57) Al-Hadiid 29 ayat 7
Artikel ini ditulis oleh Amira
*****
Harta sebenar
57:7
Coretan ini untuk diri…
Aku percaya dan yakin kepada Allah dan Rasul. Untuk menzahirkan keimanan ini aku perlu buat seperti apa yang Allah mahu.
Apa yang Allah mahu?
Allah berfirman dalam surah Surah Al Hadid (الحديد), Ayat: 7
Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan nafkahkanlah sebagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menafkahkan (sebagian) dari hartanya memperoleh pahala yang besar.
Dalam ayat ni, Allah suruh aku menginfaqkan (menafkahkan) sebahagian dari harta aku. Yang mana harta itu sendiri adalah kepunyaan Allah dan dari Allah jua.
Kadangkala aku masih berkira-kira untuk menginfaqkan harta ini. Cukupkah keperluan aku jika aku beri pada orang lain? Ataupun kadang-kadang aku terfikir apa yang aku ada untuk aku infaqkan?
Dari mata kasar aku, harta itu hanya wang ringgit dan kebendaan. Tapi sebenarnya apa saja yang Allah kurniakan pada aku adalah harta.
Syukur Allah memberi kefahaman tentang harta sebenar melalui sesi tadabbur al quran yang aku ikuti.
Aku diberi telinga untuk mendengar ayat-ayat Allah, mata untuk melihat kebesaran Allah, hati untuk membezakan baik dan buruk, anggota badan untuk bergerak, dan semestinya akal untuk berfikir.
Untuk aku, paling bermakna dalam hidup adalah diberi kefahaman tentang petunjuk iaitu Al-quran. Aku telah disampaikan tentang petunjuk itu. Jadi aku dipertanggungjawabkan untuk menyampaikannya kembali.
Manusia hidup di muka bumi perlukan Al-quran. Ini adalah fitrah Allah.
Seperti juga yang disampaikan oleh Puan Husna Haron dalam facebooknya berkaitan infaq.
“Sebaik-baik infaq adalah dengan memberi makan.
Infaq makanan, boleh mengenyangkan inshaAllah menjadi darah daging.
Infaq amal Al-quran hasil kefahaman terhadap apa yang dibaca?
Memberi makan kepada jiwa. Inshaa Allah lebih banyak manfaat.
Permanent. ASALKAN SERING CUCI HATI.
Infaq makanan 1x = darah daging
Infaq amal Al-quran = unlimited
Keberkatan…buat sikit dapat banyak. Banyak apa?
Cinta Allah yang Maha Banyak
Allahhuakbar!”
Aku amat terkesan dengan coretan beliau. Moga aku dapat melaksanakan perintah Allah ini dengan bimbinganNya jua.
Moga Allah redha.
Jadi sudahkah kita mula infaq dengan
Kefahaman Al-quran kita?
#coretan untuk diri