Coretan untuk DiriCUD Belum Disemak

Infak ku masih krik krik

Nama surah dan no ayat : 57) Al-Hadiid 29 ayat 7

Artikel ini ditulis oleh Norizan

*****

Ada masa aku rasa bahagia sangat nak berinfaq. Bila masanya tu ye.. bila terasa diri ini kuat💪.. banyak duit💰, badan sihat🏃‍♂️, emosi dalam keadaan tenang😊.

Tapi.. ada kalanya aku rasa.. Ya Allah.. boleh ke aku nak infaq.. sedangkan duit nak sampai cukup bulan pun…ngam2 je. Banyak lagi komitmen yang perlu dilangsaikan. Aku ni pula dah tua.. lebih separuh abad… lututpun dah kendur, jalan terhinggut-hinggut. Ramai lagi tenaga2 muda yang sado2… boleh keluar pergi berdakwah. Kenapa aku pula yg sibuk2 nak naik bot turun bot nak ke tempat orang asli di Royal Belum menyampaikan dakwah. Itulah alasan2 yang sentiasa mengganggu gugat di fikiran. Hati mula rasa kembang kuncup kembang kuncup bila ada pemberitahuan mengenai infaq. Nak bagi… tak bagi… nak bagi… tak bagi 😣

Tapi Opah Izan… ingat tak apa pesan Allah dalam kalamNYA…

ءَامِنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَأَنفِقُوا۟ مِمَّا جَعَلَكُم مُّسْتَخْلَفِينَ فِيهِۖ فَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَأَنفَقُوا۟ لَهُمْ أَجْرٌ كَبِيرٌ

Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar. (Al-Hadid 57:7)

Opah Izan… Allah dah kata.. kalau nak jadi orang yang beriman…tak perlu ingat itu ini lagi. Bulatkan hati… teruskan berinfaq apa sahaja yang kita mampu. Kerana perkara yang best among the best… Allah janjikan ialah pahala yang sangat besar..

Ya Allah… Ya Qaweeyy.. berilah kekuatan kepadaku untuk terus berinfaq sehingga ke penghujung hayatku..😍