Coretan untuk DiriCUD Belum Disemak

Pahala yang besar

Nama surah dan no ayat : 57) Al-Hadiid 29 ayat 7

Artikel ini ditulis oleh Zaitun

*****

Peringatan untuk diri

Nama surah dan ayat : 57 Al-hadid ayat 7

Artikel ini ditulis oleh Zaitun Mohd Razeli

Ini adalah hasil tugasan yang diberi oleh trainer.

“Coretan adalah hasil penulisan dan salah satu kemahiran yang berguna pada zaman berteknologi dan media sosial.” Aku tertarik pada tulisan itu dan terus hadirkan diri untuk program coretan untuk diri.

Alhamdulillah, hari ini 25 Mei 2019 bersamaan 20 Ramadan 1440H dapat menggali dan mencari ilmu Al-Qur’an. Iaitu dengan tulisan tadabbur. Belajar mencoret untuk diri, belajar dari kitab dan untuk diri.

Infaq itu adalah pengorbanan.

Teringat pada arwah mak, mak semasa hayatnya rajin berinfaq. Baik dia beri kepada cucu-cucunya dan juga orang-orang yang tertentu.

“Infaqkan atau membelanjakan harta kepada yang berhajat. Infaq dan sedekah adalah zakat wajib.” Pesan mak.

Dengan jelasnya Allah telah beriman kepada kamu semua untuk infaqkan sebahagian dari hartamu.

“Barangsiapa meminjamkan keapda Allah (berinfaq di jalan Allah) sebuah pinjaman yang niscaya Allah akan melipat gandarkan untuknya dengan kelipatan-kelipatan yang banyak.”

QS:Al-Baqarah (2) : 245