Bila Allah tahu kamu sudah tersasar jauh…

Nama surah dan no ayat : 57) Al-Hadiid 29 ayat 7

Artikel ini ditulis oleh Hasnah

*****

“Kenapa abang sanggup buat saya begini??apa lagi yang saya Tak berikan?saya sudah korbankan segalanya untuk abg!! Bentak seorang isteri yang rasa diri dikhianati..Jatuh terjelepuk tubuhnya tidak berdaya bangun lagi..

Kehidupan Selepas itu bagai tidak bermakna buat isteri itu..langkahnya longlai bagai tiada sinar lagi dihadapanya.. Hari demi Hari meratapi kekurangan diri..Bagaikan apa terjadi tidak Adil buat dirinya..

“Ibu..kenapa ibu asyik menagis sahaja”??

Suara Si anak bagai memahami..Walaupun usianya masih kecil Tapi hati lembutnya memahami kesakitan ibunya..

“Ibu ok anakku..ibu cuma letih..”

Cepat-cepat ibu menyembunyikan segalanya Dari anak yang masih kecil itu…

Mulai saat itu rutin ibu Mula berubah..Lebih lama ibu menyendiri bermonolog Dengan Allah..

“Ya Allah..Engkau tunjukkanlah jalan ya Allah..di manakah silapku??bagaimanakah aku mahu redha Ya Allah??

Saat itu meluahkan kepada Allah terasa sangat- sangat manis..Allah Maha Mendengar..Allah Sayang hambaNya..

Bermulalah episod satu demi satu Allah bukankan jalan..

Seorang sahabat yang sentiasa di sisi dilorongkan Allah untuk membantu..

“Eh..aku dah pergi program in..Best sangat..lain Dari yang lain..Kau Cuba la”..

Hati isteri terasa berat kerana sepanjang perkahwinan isteri hanya abdikan diri kepada suami & anak-anak.Apa yang dilakukan hanya untuk meraih kasih sayang suami & anak sahaja..Berprogram adalah sesuatu yang berat bagi isteri kerana perlu mengubah rutin..Program juga berabayar Dan isteri ini tidak punya duit untuk itu..Terpaksalah si isteri melupakan hasrat Dan terus menerus meratapi diri yang Tak dihargai..

Allah Maha Pemurah..Maha Penyayang..Hati isteri tidak tenang..

” Kau mesti buat sesuatu wahai diri”

Tanpa sedar terus bangun Dan menekan handphone Dan mendaftar..Allah Maha Baik apabila mendapat diskaun untuk program itu..

Bermulalah langkah yang berat si isteri untuk Berprogram..

Program ini perlu membawa Al-Quran..Ya Al Quran yang selama ini dibaca Tapi hati tidak juga tenang..Al Quran yang dibaca Tetapi tidak difahami..

Infak..Infak & Infak..”Kenapa program ni hampir 80% infak je Ni”

Getus hati..Perkataan infak tiada dalam kamus hidup isteri selama ini..Infak kerana Allah..

Al-Hadid 57:7

Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar.

“Kamu Ada segalanya..Ilmu,badan yang sihat,anak,otak yang cergas,harta benda yang banyak”Bagaimanakah kamu gunakan??Kata guru..

“Eh infak bukan duit je ke”??monolog hati..

Subhanallah..barulah isteri faham kenapa hidupnya sempit..Isteri tidak tahu apa yang dia Ada itu semuanya amanah..Hatta Ijazah yang dia Ada juga Amanah…Selama ini isteri itu menyimpan segalanya..Hidupnya hanya di rumah untuk keluarga..Tidak kenal Allah..Tiada apa-apa Sumbangan untuk manusia lain..Tidak faham apa Al Quran gariskan..

Sebab itulah hati isteri sempit..Selalu memandang orang lain..Dengki Dan hasad..Riak bila mendapat senang.Cepat melatah..Pemarah..Allahuakbar ..Allah Cuba menarik kembali ke pangkal jalan.Baiknya Allah..

Isteri itu tidak tahu, hidup sebagai khalifah harus bersedia memberi kerana Allah agar tidak kecewa Dengan dunia..Dunia bukan untuk diri sendiri..Tapi membatu orang lain selari Dengan apa Al -Quran gariskan..Anak Dan pasangan itu hanya makhluk yang juga milik Allah yang bukan hak Kita..

Habis berprogram si isteri pulang Dengan hati yang penuh keinsafan..Bertekad untuk berubah..

Perubahan bukan mudah..Perubahan bukan hanya sekali menuntut ilmu terus dapat menyelesaikan masalah..

Ya Allah..Dugaan bertalu-talu datang buat isteri tenggelam timbul menepis segalanya..Dengan ilmu yang sedikit itu terasa jiwa sedikit kuat untuk menepisnya..Allah sentiasa bukakan jalan agar tidak berlama-lama melayan perasaan..

Bermula Dari itu si isteri Mula keluar Dari zon selesa Dan mencari bulatan-bulatan baru untuk mengisi kekesongan jiwa..Allah temukan Dengan pelbagai manusia yang sama-sama mencari hakikat tujuan kehidupan..

Si isteri sekarang semakin tenang..Tenang melayani ragam kehidupan.Masalah Kian tampak kecil..Allah membesarkan hati Isteri Dengan penuh CintaNya..

Memberi kerana Allah..

Doakan Moga isteri itu menjumpai kebahagian sebenar..Kebahagian Dengan Allah setiap detik..Kebahagian di Syurga kelak..