Tadabbur Ringkas Surah Al Baqarah ayat 2
Ini ialah dari Siti Sarah – Teknik Ulul Albab
Tadabbur Surah Al Baqarah Ayat 2
Sesungguhnya Al-Quran itu jelas nyata dan penuh petunjuk sekiranya seseorang itu mahu bertaqwa kepada Allah. Tiada sebarang keraguan terhadap Al-Quran malah Al-Quranlah manual kehidupan yang paling lengkap dan sempurna
Tazakkur
Sekiranya kita ada masalah dalam kehidupan mahupun keraguan tentang sesuatu, seharusnya kita rujuk kepada 2 perkara yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw iaitu Al-Quran dan Hadith. InsyaAllah kita tidak akan sesat sampai bila-bila..