Tadabbur Ringkas Surah Ar-ra’d ayat 20

Ini ialah dari NabiLah – Teknik Ulul Albab

Tadabbur Surah Ar-ra’d Ayat 20
Orang-orang yang beriman dan berakal lurus akan menunaikan janjinya dengan Allah. Dan mereka yang memenuhi janji Allah yakni melakukan yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang adalah mempunyai sifat-sifat yang terpuji. Mereka akan mendapat pertolongan Allah di dunia dan di akhirat.

Tazakkur
Peringatan yang saya perolehi daripada ayat ini adalah satu perjanjian itu adalah satu amanah yang sangat berat jika orang beriman itu tidak melakukannya. Kerana berdasarkan hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim, salah satu tanda-tanda munafik itu adalah orang yang berjanji tidak ditepati. Maka, sebagai ulul albab ia akan berfikir dahulu sebelum melakukan atau mengatakan sesuatu janji. Kerana individu itu tahu betapa beratnya hukun satu amanah yang tidak dilaksanakan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.