Tadabbur Ringkas Surah Surah ar-Ra’d ayat 23

Ini ialah dari Ina – Teknik Ulul Albab

Tadabbur Surah Surah ar-Ra’d Ayat 23
Ayat 23 surah ar-Rad adalah kesinambungan daripada ayat 19 iaitu menerangkan mengenai karakter orang-orang yang berakal sempurna. Mereka ialah orang-orang yang berbakti kepada kedua ibu bapanya, berkasih sayang dengan isteri-isteri dan anak-anak mereka. Mereka akan dimasukkan ke dalam syurga sambil dialu alukan kedatangan mereka di setiap pintu syurga oleh para malaikat.

Tazakkur
Daripada slot ini, saya belajar untuk berfikir dengan lebih mendalam mengenai tafsir al Quran bukan sekadar pada perspektif sendiri tetapi turut merujuk sumber lain yang ada seperti laman laman sesawang mengenai tadabbur ayat ayat suci al-Quran di samping bertukar pandangan dengan rakan rakan kumpulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.